Norman memuat naik sepotong video meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Danish bersama keluarganya.
Pun begitu, ada segelintir netizen yang mempersoalkan ketiadaan ibu kandung Danish iaitu pelakon Abby Abadi dalam video berkenaan.
Sekadar info, Danish merupakan anak sulung hasil perkahwinan Abby dan Norman. Namun mereka disahkan bercerai pada 2009.
Selain Danish, Abby dan Norman juga mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup iaitu Marissa Dania dan Maria Danisha.
Norman kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan aktres Memey Suhaiza pada 2011.
Manakala, Abby menamatkan zaman jandanya dengan Mohd Farhan pada 2013, namun usia perkahwinan tidak kekal lama apabila disahkan bercerai setahun kemudian.
Norman minitipkan pesanan ini:-
Sanah helwah, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-21 abang Danish. 21 tahun yang amat membahagiakan papa.
“Papa tak sangka satu hari nanti yang kita akan jadi ‘best friend forever’ dan boleh berkongsi segala rahsia, rasa ups and down dalam hidup ini.”
Terima kasih Allah, terima kasih abang. Semoga bornding kita ini akan terus kekal sampai bila-bila hingga ke Jannah.
“Tolong maafkan papa andai ada khilaf papa selama 21 tahun kita bersama. Andai ada rezeki, bawalah kami mama (Abby Abadi), mummy (Memey Suhaiza), abah, adik-adik semua ke syurga insya-Allah.”
Baca: Masih solo di usia 50 tahun, Nasha Aziz dan Datuk Syafinaz bahagia hidup tanpa lelaki