Keakraban adik beradik yang dari kecil bersusah payah bersama pasti akan terasa manisnya jika masih bersama walaupun sudah berumahtangga.
Ini kerana hubungan adik beradik yang rapat sangat susah untuk diputuskan namun juga mudah diuji dengan cabaran seperti hasad dengki dari pasangan masing masing.
Lelaki ini berkongsi kisah kakaknya yang didera oleh suaminya kerana dia kerap melawat kakaknya dan dituduh menjalinkan hubungan dengan kakak sendiri.
Assalamualaikum semua. lya cerita yang aku nak ceritakan ni macam tajuk yang kalian baca. Aku membesar 3 orang, akak, ibu dan aku. Kami bertiga sahaja dan tak ada saud4ra mara, ayah pula meninggal waktu umur kami kecik lagi. Ketika umur akak aku 15 tahun, aku 10 tahun ibu pula meninggal dunia.
Kau bayangkan aku yang baru darjah 4, akak aku pula tingkatan 3 hidup tanpa mak ayah. Akak aku terp4ksa berhenti sekolah. Dia kerja kedai makan. Akak aku cakap jangan berhenti teruskan sekolah. Azan subuh akak aku dah bangun.
Siapkan barang sekolah aku, kemudian lepas solat subuh dia teman aku hantar dekat sekolah baru dia pergi kerja. Aku bersekolah macam biasa, akak aku yang banting tulang cari duit nak bayar sewa rumah, duit makan minum, duit bil air api, duit belanja.
Aku sambung belajar semua akak aku tetap kerja. Waktu aku final year sebelum grad akak aku pun berjodoh dengan seorang lelaki ni dan akhirnya mereka menikah. Aku dengan akak aku ni orang johor dan lahir di johor.
Suami akak aku orang kelantan tapi menetap di selangor jadi akhirnya pindah ke sana. Habis belajar dan graduate aku pun kerja. Kerja dekat Johor, sebulan sekali aku akan datang selangor lawat kakak aku sendiri tengok akak aku okay ke tidak.
Selalu kalau datang aku belikan lah barang sikit takkan nak datang kosong. Duit gaji yang pertama aku pun separuh aku bagi dekat akak aku. Alhamdulillah aku dapat kerja dan gaji elok. Jadi setiap bulan aku datang, kalau tak pun aku call akak aku seminggu tu 2 kali tanya akak sihat ke dekat sana macam mana.
Sebab akak aku dia dah jadi suri rumah sepenuh masa. Sebelum ni kena kerja dari kecik. Akak aku adalah mengadu cakap tak biasa duduk rumah je tak kerja. Tapi aku cakap elok lah tu rehat sebab dari umur belasan tahun dah kerja kan.
Lepas 2 tahun akak aku berkahwin, hujung tahun tu aku dengan 2 orang kawan pejabat lain kena pergi office branch dekat KL. 2 minggu juga ye kena duduk sana. Jadi bila dah dekat, aku ada masa luang, lawatlah akak aku.
Bila datang tu suami akak aku tak ada dekat rumah, kerja. Jadi aku suruh lah call suami dia cakap aku nak bawak akak keluar dengan aku. Aku cakap lah nak bawa jalan-jalan dah alang – alang aku ada dekat sini. Suami dia tak bagi, dia cakap duduk je kat rumah jangan mengada – ngada.
Aku pun oh okaylah dah suami akak aku tak izinkan. Jadi aku pun datang lah dalam 2 minggu kat situ 4 kali kot sambil tanya akak aku ada nak beli apa – apa tak biar aku belikan. Akak aku cakap tak ada, tapi aku belikan lah akak aku fon baru.
Sebab fon akak aku tu skrin dia dah retak, samsung mini yang tahun 2011 tu. Jadi aku pun belikan akak aku iphone 8 plus. Bila dah beli tu mesti lah aku jelaskan satu persatu. Dari A-Z tengah explain tu balik lah suami akak aku.
Bila balik tu dia nak marah tanya aku buat apa dekat sini. Aku jawab lah lawat akak aku buat apa lagi. Sekali bila tengok telefon akak aku dia marah pula belikan sambil cakap, “aku mampulah beli iphone” aku pun malas nak g4duh aku pun balik.
Esoknya aku dah nak kena balik Johor. Akak aku pun telefon cakap suruh datang rumah. Bila datang tu dia suruh aku ambik balik telefon dan cakap mahal sangat. Aku tanyalah suami dia suruh pulangkan ke tapi dia jawab tak cuma cakap takut guna sebab mahal.
Aku p4ksa juga akak aku ambik tapi akak aku seboleh – boleh tak nak. Aku pun nak tak nak ambik bawa balik. Lepas seminggu tu aku telefon akak aku. Tapi tak masuk jadi ingat bateri telefon m4ti ke apa. Esoknya aku try lagi dalam tengahari eh tak boleh juga jadi macam tak sedap hati.
Balik kerja dalam pukul 6 aku telefon juga sama juga m4ti. Aku pun telefon nombor suami akak aku. Masuk tapi dim4tikan, aku telefon lagi tapi sama. Jadi aku hantar wasap, “telefon akak m4ti ke asal telefon tak masuk” bila check lah rupanya dia block aku.
Bila call balik dengar tune phone tu dah tahu yang dia bukan block nombor wasap sahaja tapi block sekali nombor panggilan sim biasa. Aku pun telefon dia pakai nombor aku lagi satu eh masuk dan di angkat. Aku pun tanya asal telefon akak m4ti.
Jadi dia membebel dalam fon, “jangan kacau bini aku. Kau nak menggatal dengan bini aku buat apa”. Aku macam terus kaku menggatal kepala otak dia itu akak aku. Aku membesar dengan akak aku. Aku balas, “bodoh itu akak aku” jadi aku pun drive juga malam tu pergi rumah akak aku dekat selangor.
Sekali bila datang tu nampak kesan lebam dekat bahagian kiri akak aku. Bila tengok tu memang jelas kesan kena pukul tapi akak aku seboleh cakap terlanggar pintu. Aku tanya mana telefon akak dia cakap rosak. Aku pun nak tengok rosak macam mana bila aku on okay je.
Sekali rupanya sim card tu abang ipar aku dah ambik. Aku waktu tu marah dia dah memuncak. Waktu mengurat dulu kemain nak jaga sebaik mungkin. Sekali bila suami akak aku balik, dia nampak aku dia jerit macam orang gila ye tuduh aku dengan akak aku buat maksi4t.
Aku pun pergi pejabat polis. Report domestic abvse, suami akak aku ni tak habis – habis tuduh aku buat maksi4t dengan akak aku. Siap cakap aku asyik sibuk nak datang rumah dia tengok akak aku. Polis tu siap geleng kepala, “itu akak dia lantaklah dia nak melawat”.
Depan polis ye dia cakap, “encik bukan tak tahu sekarang depan adik beradik tapi belakang entah bermesra ke apa. Dia dah lah isteri saya.” belum sempat aku buat apa, akak aku sendiri dah t4mpar muka suami. Akak aku mengucap panjang sambil cakap, “ini adik aku, aku jaga dia dari kecik besarkan dia.”
Besoknya juga akak ajak tolong dia uruskan bahagian perceraian. Waktu tu merayu macam – macam cakap dia terlepas cakap katanya, “kena r4suk sy4itan!” Aku ingat lagi ada sekali dia nak ajak akak aku cakap nak bincang berdua selesaikan masalah. Akak aku pun cakap okay.
Tapi nak jadikan cerita, beberapa hari sebelum tu, aku pernah cerita situasi tu dekat girlfriend aku yang sekarang ni dah sah menjadi isteri. Aku kongsilah dekat dia video call semua. Sekali tu dia suruh aku ingatkan dekat akak aku, dia cakap kalau akak aku pergi jumpa bekas suami dia tu kalau dia bagi minum ke makan ke, jangan ambil, buat tak tahu.
Katanya makcik dia pernah alami situasi sama macam akak aku, jumpa bekas suami dia sekali rupanya dalam makanan minum tu dia ada letak ‘sih1r’. Aku pun cakap dekat akak aku. Hari yang dia jumpa ni bila balik tu akak aku cerita yang bekas suami dia ni bawa makanan dengan air dia seboleh – boleh suruh akak aku makan dan minum depan dia.
Akak aku cakap taknak tapi dia pujuk suruh juga. Akak aku pun cakap dia nak bawa balik makan dekat rumah tiba – tiba dia melenting makan je lah sekarang. Balik tu dia buang makanan tu gila suspicious. Akak aku sekarang dia kerja balik sebab dia cakap kekok duduk rumah.
Tapi rasa kesian lah, akak aku cakap dia naif waktu bekas suami dia ajak kahwin sebab dia kan dari umur belasan tahun kerja jadi tak pernah bercinta. Jadi sekali rasa taste of love tu senang jatuh cinta, sekali rupanya dapat suami macam tu.
Aku pun silap juga sebenarnya. Aku ingat, “oh dia beria dulu nak kakak aku, jadi akan betul dan baik – baik sahaja lah,” sekali tidak. Hope penulisan ni dapat dijadikan pengajaran. Thanks sudi baca.. – Rahim (Bukan nama sebenar)