Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil mendedahkan terdapat ahli politik tertentu melanggan selebriti yang sebahagiannya tidak cukup pendapatan.
Menurutnya, individu bergelar artis dan menjual tubuh termasuk kepada orang politik mendapat permintaan lebih tinggi dengan harga lebih lumayan berbanding bukan selebriti.
“Tidak dapat dinafikan, salah satu kategorilah. Segelintir mereka yang terlibat dalam isu skandal seks ini adalah orang kaya dan politik,” dipetik wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau yang juga dikenali sebagai Zed Zaidi berkata demikian ketika ditanya sejauhmana penglibatan orang politik dengan artis dalam skandal seks.
Jelasnya, tindakan artis yang menjual tubuh itu ekoran 90 peratus anak seni di negara ini hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Kita kena faham, artis ini sebilangan kecil saja yang memang betul-betul mewah, hanya 10 peratus sahaja yang benar-benar stabil, selebihnya tidak,” ujarnya.
Pelakon Gila-Gila Pengantin Remaja (2004) itu juga mendedahkan modus operandi orang politik untuk membeli tubuh artis menggunakan khidmat orang tengah atau broker.
“Selalunya melalui broker. Tetapi mereka yang berstatus VIP (anak kenamaan) mesti jaga identiti mereka. Kita tidak boleh tolak kemungkinan itu,” katanya.
Baru-baru ini, Zed mendedahkan terdapat segelintir selebriti membabitkan diri dalam sindiket pelacuran kelas atasan ekoran peluang kerja terhad akibat pandemik berlarutan Covid-19.
Katanya, VIP terbabit membayar artis berkenaan termasuk segelintir selebriti Instagram, Instafamous antara RM20,000 hingga RM40,000 satu malam.
sumber : https://malaysiadateline.com/ada-orang-politik-beli-tubuh-selebriti/