Ada apa dengan Keris Panjang Diraja? Alat utama pertabalan Yang di-Pertuan Agong

Alat ini merupakan kebesaran utama dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong iaitu Keris Panjang Diraja.

Keris ini merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan yang digunakan ketika upacara bersejarah yang dijadualkan pada hari esok iaitu 20 Julai 2024.

Keris ini disalut dengan emas dari hulu hingga ke sarungnya. Pada bahagian sampir (sarung), terdapat lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas negeri Tanah Melayu.

Mata keris ini ditempa daripada besi waja yang diperoleh daripada sebelas bilah keris dari negeri-negeri Melayu.

Sultan Ibrahim yang melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu, akan ditabalkan dalam istiadat penuh tradisi Kesultanan Melayu, esok.

Acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bermula semalam dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara pada jam 5.30 petang, diikuti Khutbah Jumaat Khas, hari ini.

Baca juga: Kes hilang makin menjadi-jadi, netizen bimbang nasib Nur Aina Faqihah