Ada cara rupanya tak nak bagi semut hurung gula, letak bahan dapur ni sahaja

Pasti ramai yang mencari petua untuk menghalau semut dari menghurung bekas gula bukan?

Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.

Dari aspek kesihatan, bergantung pada jumlah dan jenis semut yang mengelilingi gula tersebut. Kebanyakan spesies semut tidak membawa risiko kesan negatif kerana mereka merupakan makhluk yang tidak mengandungi darah.

Bahkan, dalam beberapa budaya, makan semut dijadikan sebagai snek ketika masa lapang.

Jika semut tidak terlalu banyak, maka bolehlah cuba untuk pisahkan mereka dari gula tersebut.

Ini Cara Mudah Halau Semut Berhurung Kat Gula

Letakkan beberapa batang kulit kayu manis di dalam bekas gula yang mengandungi semut. Selepas beberapa jam, pasti semut-semut itu akan hilang dari radar. Cubalah!

Baca juga: “Suami suka bercakap sorang sampai 3 4 pagi, overthinking sampai aku takboleh kerja dan niaga takut ada lelaki kaya suka aku tapi rupa-rupanya..”