Baru-baru ini selebriti popular, Ayda Jebat berkongsikan kejadian menakutkan yang berlaku terhadap anak pertama mereka, Ana Nayla yang dikatakan ‘diganggu’ ketika bermalam di sebuah hotel di ibu negara.
Ayda Jebat takut anak nangis tak henti, dakwa ada lembaga merangkak dalam bilik hotel hotel
Menerusi entri di Instagram Story, Ayda berkata anaknya menangis tanpa henti seperti dalam ketakutan sebaik sahaja masuk ke bilik hotel.
Apa yang paling menyeramkan, Ibu Ayda Jebat mendakwa melihat kelibat lembaga sedang merangkak di dalam bilik tersebut yang menjadi punca Ana Nayla menangis tidak henti-henti.
“Saya dan Nabil mendaftar masuk di sebuah hotel di Kuala Lumpur atas tujuan kerja. Saya ambil dua bilik besar yang menghubungkan antara dua bilik.
“Satu bilik untuk saya dan satu untuk mama dan baba. Masuk sahaja bilik hotel Ana Nayla terus menangis dan jika awak dengar sendiri pun boleh tahu dia dalam ketakutan
“Macam-macam dilakukan termasuk melaungkan Azan tetapi dia masih menangis tanpa henti sampai tersedu-sedu. Saya dan Nabil pun rasa ingin menangis,” tulisnya.
Kata Ayda lagi, anaknya tidak mahu minum susu dan hanya menangis membuatkan dirinya tidak tenang. Lebih menakutkan, ibunya memaklumkan terlihat lembaga merangkak di bilik hotel berkenaan.
“Setelah selesai sesi latihan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, ibu memaklumkan dia terlihat kelibat satu lembaga merangkak daripada bilik saya ke biliknya.
“Ketika itu, anak saya sudah tidur sebab kepenatan menangis. Mama tarik saya dan Nabil pergi ke tepi dan beritahu kami bilik hotel ini tidak ‘elok’. Mama terlihat sesuatu merangkak laju dari bilik saya menerusi pintu sambungan itu dan terus pergi ke bilir air,” katanya.
Enggan mengambil risiko soal keselamatan puteri kesayangan mereka, Ayda membuat keputusan untuk pulang ke rumah kira-kira pukul 2.40 pagi.
“Di kaunter hotel, seorang kakitangan beritahu tingkat yang menempatkan bilik kami baru sahaja dibuka setelah sekian lama ditutup.
“Pengajaran untuk kami dan ibu bapa lain, nak bawa anak kecil ke hotel kena kaji dulu hotel tu okey ke tak, ini la orang tua kata mata budak kecil boleh nampak,” katanya.