Seorang lelaki dipuji ramai apabila berani membuat siaran langsung atau ‘live’ yang hanya bermodalkan siput sedut dan juga penutup periuk.
Apa yang membuatkan ia menarik adalah kerana pemiliknya mengatakan perlawanan tersebut diadakan bersempena acara Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Namun ramai yang tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik kemasyuran yang diterima pemilik siput sedut itu.
Seorang individu di laman Facebook, Syed Gaddafi menceritakan bagaimana lelaki ini meraih ribuan tontonan hanya dari siput itu sahaja.
“Si pelumba siput biasa buat Live kat TT, ada la few products dia dok jual..Tapi jualan biasa-biasa jer”.
Lelaki tersebut mendakwa pelumba siput sedut itu kerap melakukan live di Tiktok namun jualan agak perlahan namun semuanya berubah apabila seorang penjual siput menghampirinya.
“Ada orang tengah susah datang kat dia nak jual siput, dia pun beli la siput tu lepastu dia tak tau nak buat apa dengan siput banyak-banyak kat dia ni.”
“Siput dok merayap-rayap nak kuar. Orang tengah tengok live dia dok komen pasal siput”.
Bermula dari situ, akaun Tiktok @Tansri_ash mula dibanjiri oleh orang ramai yang mahu menonton perlumbaan siput sedut yang pada awalnya hanya untuk suka-suka.
Dikhabarkan, satu malam perlumbaan tersebut dapat mencecah 26,000 tontonan dari segenap pelusuk yang mahu melihat siaran langsung unik itu.
Baca juga: Lebih 20,000 leka tonton lumba siput sedut, lelaki teruja ramai terhibur ‘content’ suka suka