“Ada rombongan datang rumah aku nak masuk meminang, aku tak tahu siapa tapi bila aku tanya rupa-rupanya dari…”

Apa yang aku nak tulis ni kisah yang aku yakin terjadi dekat ibu tunggal di luar sana, apa yang aku tulis tak panjang pendek je tapi cukup lah, yang penting sampai pada makcik pakcik bawang kat luar. Bagi mereka hadam.

Tahun 2004 suami aku meninggaI dunia. Anak aku baru berumur 9 tahun. Sejak haritu aku hidup sebagai ibu tunggal membesarkan anak dengan kudrat aku sendiri. Paling siksa bila janda ni bukan sebab kehilangan suami semata-mata. Tapi persepsi orang ramai.

Tak kisah la kalau janda sebab suami meninggaI, apalagi kalau jadi janda sebab bercerai hidup. Masing-masing banyak dugaan nak kena hadap dengan masyarakat sekeliling. Aku baru kehilangan suami tak sampai setahun orang sekeliling aku dah push aku cari suami baru dan ayah baru untuk anak aku.

Aku ingat lagi pergi solat dengan anak aku dekat masjid. Makcik dekat masjid ni sibuk dengan status janda aku. Yang pakcik dekat masjid ni pula tak habis dengan dia punya merenyam. Aku abaikan, berbual pun tidak selalunya memang aku avoid sebab apa mulut orang ni aku payah nak jaga.

Siap ada makcik dekat masjid ni tegur aku katanya, “datang sini beribadah bukan cari laki baru”. Kalau ikut baran aku memang nak maki balik tapi bila fikir balik yang jadi mangsa dia siapa anak lelaki aku juga. Tahun ke-4 suami aku meninggaI. Datang 5-6 orang rombongan datang rumah.

Aku ingatkan ada apa macam bancian ke atau majlis komuniti ke. Rupanya kau tahu apa? Ada orang nak melamar aku. Dengan kenalnya tidak, aku pun tak tahu siapa. Datang dan cakap nak masuk meminang. Aku apa lagi marah lah benda ni jatuhkan maruah aku.

Aku tak kenal siapa, aku pun tak terfikir langsung nak kahwin tapi tiba-tiba datang melamar. Itu tak termasuk disuruhnya aku terima sebab, “nak jaga maruah”. Sekali bila dapat tahu siapa rupanya ketua kampung dekat tempat aku duduk tu. GiIa agaknya dia tu dah ada bini.

Aku pun reject tak sampai seminggu aku terus pindah cari tempat lain. Terpaksa aku jual rumah lama walaupun tu kenangan aku dengan arwah suami. Anak aku pun sampai bergaduh bertumbuk dengan budak dekat kawasan tu sebab dia kata yang aku ni perempuan murah.

Aku sempat datang rumah budak tu jumpa dia dan tanya siapa yang ajar. Sekali mak dia yang salah sorang ajk dekat masjid tu. Aku pun pindah. Berhenti kerja sebab kesian dekat anak aku dengan situasi macam ni dia tak dapat nak membesar dengan tenang.

Aku pindah dekat kawasan yang bercampur cina melayu india. Baru agak tenang sikit, aku pun orangnya bukan friendly sangat setakat berbual sekejap boleh. Dekat office aku pun pernah kena ada ramai lelaki memang jenis mulut kurang ajar, kerja cakap benda kotor, sebab bagi mereka ni wanita janda tu simbol Iucah.

Cuba kau tengok sticker yang bawa lori ke kereta dekat atas letak ayat siap Bismillah tapi sticker bawah double meaning pasal janda memang tak rasa bersalah diorang ni. Lepas aku report HR dan dalam masa sama report polis juga aku ambil bantuan dari NGO baru jantan dekat office ni pandai jadi manusia.

Lantak diorang nak cakap aku apa asalkan dapat peace of mind waktu bekerja. Ada sekali datang makcik ni dekat office dia dengan sesuka hati tuduh aku cakap menggatal dengan suami dia. Aku dekat office punyalah boleh kira berapa patah perkataan bercakap dengan suami dia. Pergi tuduh aku.

Aku tak cakap banyak lantik peguam buka kes. Baru dia terhegeh dengan suami datang minta maaf menangis-nangis. Aku sendiri pun ada lah join group ibu tunggal, ibu muda yang kehilangan suami. Selalu kami kongsi masalah dari orang sekeliling dan ramai dari kami dia solution.

Untuk janda ke atau ibu tunggal dekat luar sana harap bertabah. Aku tahu susah nak teruskan hidup tanpa jadi mangsa gangguan seksual imagination orang ramai. Harap kekal kuat demi anak-anak. Aku doakan.. – Asiah (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Tuala wanita dan sampah merata bilik, Superhost Airbnb ini serik selepas diperdajal wanita cantik”