Ada tiga waktu disarankan bersenam ketika berpuasa, no 1 tu paling cepat turun berat badan

Bersenam ketika berpuasa sangat meletihkan, lebih lebih lagi jika anda mencari waktu yang tidak bersesuaian untuk beriadah.

Namun, penat ketika berpuasa bukanlah tiket untuk anda tidak melakukan sebarang riadah berikutan takut mengalami kehausan lebih-lebih lagi selepas beraktiviti.

Berikut adalah masa yang disarankan untuk keluar bersenam ketika Ramadan.

1) Keluar bersenam sebelum waktu berbuka puasa

Bersenam sebelum berbuka puasa dapat meningkatkan pembakaran lemak dan sangat memberi kelebihan yang besar bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan semasa berpuasa.

Bersenam ketika perut kosong turut memungkinkan pembakaran lemak yang lebih efisien. Selepas bersenam walaupun berada di sisa akhir tenaga anda namun anda tetap dapat mengisi kembali tenaga dengan makanan ketika berbuka puasa.

2) Bersenam selepas berbuka puasa

Masa yang terbaik untuk bersenam semestinya selepas berbuka puasa. Anda dapat bersenam sehingga tiga jam selepas makanan dicerna oleh perut.

Kerana tubuh anda telah memiliki tenaga selepas berbuka puasa, anda boleh melakukan pelbagai jenis senaman dari intensiti ringan hingga berat mengikut kesukaan anda pada masa ini.

3) Bersenam selepas sahur

Selepas sahur, anda boleh melakukan senaman kerana tubuh anda sudah mendapat tenaga daripada makanan yang dimakan semasa sahur. Anda boleh melakukan senaman pada masa ini, tetapi lebih baik jika senaman tersebut adalah intensiti ringan.

Namun jangan keterlaluan bersukan, takut tiada pula baki tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti sepanjang hari.

Baca juga: “Suami aku gaji tinggi tapi kedekut taik hidung masin, bila time aku belanja macam macam dia teringin tapi bila time aku”