Zul Ariffin trending selepas video berdurasi pendek suntingan filem ‘Perempuan itu’ memamparkan adegan panas di antara zul dan pelakon baru, Siti Hariesa.
Antara babak yang membuatkan ramai netizen terkejut ialah aksi Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang berasmara secara separa bogel. Lebih panas juga, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke arah mulut Zul terlihat menghairahkan.
Menurut Kosmo, netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak menyokong tindakan pengarah termasuk pelakon tempatan yang bersetuju untuk melakukan adegan panas terbabit.
Lebih mengecewakan video tersebut dikongsi pada hari Nifsu Syaaban dimana itu adalah hari penting untuk umat Islam sebelum menjelang Ramadan.
Tidak kurang juga ada yang menyamakan babak tersebut sama dengan filem 50 Shades of Grey yang terkenal dengan aksi lucah.
“Daripada minat Zul, automatik jadi menyampah bila menonton video tersebut, jijik sungguh.
“Sumpah menyesal lihat Instagram Zul. Industri seni Malaysia sudah rosak nampaknya,” antara ciapan yang yang dikongsikan netizen di Twitter.
Namun video itu telah dipadam dari akaun Instagram milik Zul tersebut. Disebabkan video tersebut juga, nama Zul dan pengarah drama tersebut iaitu Erma Fatima sohor kini dalam Twitter.
Baca Juga: https://themalaysialife.com/ejen-takaful-berhentilah-guna-marketing-kotor/