Perkahwinan tanpa restu ibu bapa seringkali kita baca di media sosial dan ini menjadikan ramai yang takut untuk berkahwin kerana takut tersalah langkah.
Kisah perkahwinan yang diduga dengan pelbagai ujian juga menjadikan ramai yang mengambil iktibar dan pengajaran supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.
Namun kisah yang bakal disiarkan ini menceritakan seorang suami yang sanggup membelakangkan isteri dan anak serta keluarga demi untuk berkahwin kali kedua dengan seorang wanita muda yang baru sahaja dikenalinya.
Assalamualaikum. Aku ambik masa juga nak taip ni sebab menanti waktu yang sesuai untuk meluahkan segalanya dalam bentuk penulisan. Seperti yang tertera di tajuk, ya.. adik aku curang terhadap isteri dia.
Pendek cerita, adik aku ada perempuan lain (baru-baru ini mereka bertunang) dan hendak berkahwin selepas ceraikan isteri sekarang (iaitu adik ipar aku). Sekarang dalam proses nak bercerai dan nak mula naik mahkamah bulan depan.
Mari aku ceritakan sedikit latar belakang tentang adik aku dan isterinya. Adik aku dah berkahwin dengan isteri dia lebih kurang 15 tahun. Mereka dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Isteri adik aku, Deeja (bukan nama sebenar) bekerja di syarik4t besar. C
ukuplah aku katakan, jawatannya tinggi dan gajinya ‘sedap’. Tetapi sudah pasti jawatan yang tinggi datang bersama tanggungjawab yang besar. Sebagai kakak kepada adik, aku dapat menghidu masalah rumahtangga adik aku ni seawal tahun pertama perkahwinan dia lagi. Adik aku, Fadzli (bukan nama sebenar) ada perempuan lain pada waktu itu. Tetapi isterinya memaafkan dan teruskan rumahtangga seperti biasa. 2 tahun selepas itu, Fad (Fadzli) ada perempuan lain lagi. Isteri dia meng4muk kali ini dan menghalau Fad keluar rumah.
Mereka bert3ngkar tapi entah macam mana mereka berbaik semula dan buat keputusan untuk bagi peluang kedua pada hubungan diorang. Dipendekkan cerita, dah 14 tahun hidup bahagia, anak pun dah 4, tiba-tiba Deeja perlu berpindah di Sarawak atas sebab sebab tertentu yang disyaratkan oleh pihak syarik4tnya.
Deeja sedar, tanggungjawab dia besar jadi dia tidak mahu membuat banyak alasan dan setuju untuk berpindah ke Sarawak untuk bekerja di cawangan di sana. Di tahun ke 15 perkahwinan mereka, Deeja mula nampak perubahan Fad.
Fad dah jarang balik rumah di Sarawak dan apabila Fad di rumah, Fad lebih banyak menghabiskan masanya dengan bermain handphone. Anak ber4k, anak tak sihat atau anak mahu perhatian pun tidak diendahkan. Deeja memang ada maid akan tetapi, suami juga haruslah turut sama membantu. Tak gitu?
Fad tak ada apa-apa. Kereta pun tak ada. Rumah apatah lagi. Semua yang diguna sekarang adalah kepunyaan Deeja. Tergamak Fad buat Deeja seperti itu setelah segala pengorbanan Deeja? Pendek cerita, pada suatu hari, Fad hubungi aku untuk meminta bantuan.
Dia nak aku pujuk keluarga untuk menjadi rombongan tunang dia. Aku sebagai kakak dalam adik beradik, jadi sebab itu dia cari aku. Tiada angin tiada ribut, dia call dan cakap macam tu maka terk3jut lah aku. Dia menceritakan kecurangan dia di mana dia ada perempuan lain, dia dah bosan dengan rumahtangga dia, etc etc.
Dia nak bertunang dengan perempuan itu sedangkan dia masih suami kepada Deeja. Sudah pasti aku dan keluarga aku tidak mahu berkomplot untuk menjadi ahli rombongan bertunang Fad. Satu keluarga besar men3ntang perbuatan Fad.
Tetapi Fad licik, Fad dan wanita orang ketiga telah upah orang lain untuk “menjadi keluarga” dia sewaktu majlis tersebut maka selamatlah Fad dan orang ketiga ini bertunang. Tujuan aku menulis ini adalah untuk mendapatkan pandangan pembaca semua.
Yang aku tahu, Deeja tetap mahu pert4hankan rumahtangga dia, akan tetapi Fad tidak mahu malah dia mahu segerakan penceraiannya dengan Deeja. Aku kasihankan Deeja kerana dia seorang diri menjaga 4 orang anaknya sementara adik aku sendiri sudah angau dengan perempuan lain.
Aku berharap Deeja dan Fad dapat menyelamatkan rumahtangga mereka jika itu yang terbaik buat mereka. Dan buat wanita orang ketiga itu, hentikanlah niat awak. Awak tahu Fad itu suami orang tetapi awak tetap nak sondol.
Di manakah akal fikiran yang diberi oleh Allah SWT? Sanggup berkomplot upah orang kampung supaya jadi ahli rombongan pertunangan supaya pertunangan tetap terjadi?
Terdesak? Buat wanita orang ketiga, hentikanlah.
Fad tidak mempunyai harta yang awak harapkan. Awak telah tertipu. Kereta yang awak nampak Fad bawa itu kereta isterinya yang sah pada waktu ini. Insaflah wanita orang ketiga. Teringin sekali merasa duduk KL ke atau macam mana.
Boleh saja awak berkahwin dengan lelaki bujang yang lain. Umur juga baru 19 tahun. Saya sebenarnya berharap awak boleh sambung belajar awak atau banggakan ibu bapa awak. Sebagai wanita, saya juga risau tentang awak. Awak terlalu muda.
Tolong semua bagamana saya boleh nasihatkan adik saya dan tenangkan adik ipar saya yang sedang str3ss dan sedih sekarang ini. Deeja seorang yang baik. Sayang seribu kali sayang jika dilepaskan. Terima kasih pembaca. Doa untuk Deeja Khalid dan Fadzli Harun.
Nota kaki: Pasti akan ada yang cakap lelaki boleh berkahwin 4 akan tetapi adakah dengan cara menipu itu adalah baik? Adakah menipu dan abaikan isteri adalah amalan terpuji? Sehingga sekarang Deeja tidak tahu Fad telah bertunang dan menanti hari untuk berkahwin. Deeja hanya tahu Fad mempunyai wanita lain buat masa sekarang. Terima kasih. – Anim Harun (Bukan nama sebenar)