Sudah biasa kita dengar berkaitan kisah ipar yang bermacam ragam dan kerenah. Kisah kali ini perihal adik ipar yang tinggal serumah namun tidak pernah membantu bab kerja rumah.
Hai semua. Saya harap cerita saya ni viral dan orang orang yang berkenaan dapat baca dan hadam. Saya pernah baca cerita pasal kakak ipar dari neraka. Sebagai seorang isteri yang duduk serumah dengan adik ipar. Ayuhlah dengar cerita ini.
Semenjak saya kahwin dengan suami saya, adik ipar minta nak tumpang rumah disebabkan tempat kerja dengan rumah kami dekat sahaja. Jadi bayangkan awal-awal perkahwinan, nak sweet-sweet tak boleh nak tunjuk sangat sebab ada adik ipar. Dalam bilik jelah boleh sweet. Itu masih boleh diterima.
Sampai lah satu hari kami pergi bercuti. Bilik kami tak dikunci. Si adik ipar mesej suami katanya dia dah masuk bilik kami dan tido bilik kami pasang aircond sebab dia panas. Bilik dia takde aircond. Saya marah. Bengang. Tapi suami tak faham kenapa saya marah.
Common sense wahai suami, orang luar tidur bilik kelamin tu salah. Bila tegur si adik, dia melenting. Cakap kami ni kedekut. Nak dipendekkan cerita. Sekarang saya dah ada anak. Untuk pengetahuan semua. Rumah kami bukan rumah villa. Rumah kami sempit sahaja. Cukup buat keluarga kecil kami.
Tapi disebabkan ada adik ipar yang tak reti reti nak keluar rumah. Hari-hari saya makan hati. Adik ipar saya seorang perempuan melayu terakhir ye. Hari-hari basuh baju guna mesin basuh. Sampaikan kalau ada baju kami dalam mesin pun dia buang ye sebab nak basuh baju dia.
Jadi tuan rumah setiap kali hujung minggu terpaksa pergi dobi. Tak berkesempatan nak guna mesin. Masak ke makan ke, dibiarkan je sebab saya dianggap macam orang gaji dia. Tuan rumah yang kena siapkan semua ye untuk dia.
Makanan? Dari kahwin sampai anak dua, sekalipun tak pernah belanja makan. Beli beras memang tak lah sebab dia kata yang kami laki bini ni kaya. Ye lah sebab dua-dua kerja. Tapi kami ada dua orang anak (taska dua-dua) nak kena tanggung tambah dia lagi pun kami pulak yang kena tanggung.
Walaupun dah kerja, bab makan masih lagi kami tanggung. Sebagai kakak ipar yang tak pernah memarahi apetah lagi tinggi suara. Makin lama makin naik lemak perangai adik ipar aku ni. Untuk pengetahuan pembaca, saya ni seorang anak yatim yang mempunyai 6 orang adik beradik. Adik beradik semua ada di kampung.
Bila ada adik beradik nak datang rumah, terpaksa mereka sewa hotel. Iyelah dah auratkan dengan adik ipar ni. Nak duduk sembang lama-lama pun tak syiok sebab adik ipar akan berkurung je dalam bilik. Tak keluar pun nak salam ke ape.
Rela tak keluar makan minum sebab tak nak jumpa keluarga saya. Nak jaga aurat katanya. Mestilah adik beradik saya rasa serba salah. Kadang-kadang dia telefon je adik beradik suami saya siap ajak makan lagi kat rumah kami padahal suami tak ada ajak pun. Yang kena masaknya siap lagi kalau bukan saya.
Lepas tu bila semua balik, yang kena kemas pun saya juga. Itu tak kira bila kami tak ada di rumah, dia ajak semua kakak ipar adik ipar yang lain datang tidur rumah kami. Tuan rumah tak ada pun tapi diajaknya datang tidur lepak rumah kami.
Sepanjang saya ada anak, tak pernah sekali pun dia rela nak tolong jaga anak saya. Malah disepahkan lagi rumah kita. Memang perempuan melayu terakhir. Rupa adik ipar saya ni sangat lawa. Lelaki tengok pun rebah tapi kalaulah lelaki lelaki tahu perangai dia ni.
Astaghfirullahalazim. Banyak lagi saya nak cerita. Maaf sangat kena cerita dekat sini. Ini pengajaran buat ipar duai di luar sana. Menumpang rumah orang tak salah. Yang salah bila tak ada impian untuk keluar dan buat rumah tumpangan macam rumah sendiri yang ada orang gaji (saya). – Ms. A (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Demi seekor ikan koi berharga RM300,000, lelaki ini sanggup gadai tanah