Adun Perak bawa masuk Ayam dalam sidang dun .Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan (Adun) Hulu Kinta, Perak,membuat kelainan dengan membawa ayam segar ketika berbahas berkaitan harga barang keperluan asas.
Memetik laporan Malaysiakini Beliau berbuat demikian dengan memegang dan menunjukkan ayam itu kepada wakil rakyat lain kerana tidak puas hati dengan kenaikan harga barang.
Di samping itu juga beliau di laporkan juga membawa resit yang di belinya bagi membuktikan harga ayam tersebut dalam kawan kawasan Gunung Semanggol, Perak.
Dalam video itu juga Muhamad Arafat antaranya membangkitkan apakah usaha yang telah dibuat oleh exco berkaitan untuk menstabilkan harga barang keperluan asas di negeri itu.
Memandangkan dua bulan lagi akan sampai kepada perayaan tahun baru cina.
Menurut satu laporan perdana menteri berkata Harga Barangan dijangka kembali stabil awal tahun depan.
Beliau berkata, sekatan pergerakan turut dialami oleh negara luar yang mengeksport produk makanan kepada Malaysia sekali gus mengakibatkan penawaran berkurangan.
sumber : https://www.inforakyat.net/kecoh-adun-perak-bawa-masuk-ayam-dalam-sidang-dun/