Adun Kota Anggerik yang juga merupakan bekas ketua AMK Selangor, YB Najwan Halimi dalam satu status Tweeter hanri ini mendedahkan 3 Ahli Parlimen PN sedang berusaha untuk patah balik sokong PH.
Tanpa mengulas lebih lanjut tentang status itu mencetus persoalan siapakah 3 ahli parlimen dari kumpulan ‘si kitol’ yang bakal berpatah balik itu.
Kumpulan ‘si kitol’ merujuk kepada kumpulan yang menyokong Azmin Ali dalam PKR suatu masa dahulu dan bersama melompat dari PKR untuk menyokong kerajaan PN sewaktu Langkah Sheraton.
Desas-desus kehilangan majoriti Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mutakhir ini mencetuskan pelbagai spekulasi.
Ada yang mengatakan Ahli Parlimen PH bakal menyokong Muhyiddin, namun kesemua ahli parlimen PH, Waridan dan Pejuang setakat ini sudah mengutus warkah kepada Istana memaklumkan penolakan sokongan terhadap Muhyiddin.
Penarikan balik sokongan Umno menyebabkan Muhyiddin kini kehilangan 14 sokongan Ahli Parlimen dan menyebabkan hanya memiliki 100 sokongan.
Sokongan 100 Ahli Parlimen adalah jauh dari majoriti mudah yang perlu dicapai iaitu 110.