Agensi kerajaan dikecam kurang cakna! Enggan bantu warga emas bayar guna kad, terpaksa kesana sini minta bantuan orang lain

Seorang wanita yang menggunakan nama akaun Facebook Junaidah Saat meluahkan perasaan kurang senangnya akan sistem yang digunakan oleh agensi kerajaan.

Ia susulan dirinya yang melihat warga emas adalah golongan yang paling susah untuk menyesuaikan diri dalam teknologi masa kini.

“Dik, acik pinjam kad boleh? Pakcik nak kena pakai kad sebab nak bayar passport ni, kaunter nak bayar kad pula tak nak cash” Sambil hulur cash RM100.

Ketika wanita ini sedang berurusan di kaunter imigresen, seorang pakcik tua datang meminta pertolongan untuk menggunakan kadnya.

Ia berikutan dirinya yang hanya membawa wang tunai dan bukan kad kerana pembayaran adalah menggunakan ‘cashless’.

“Kesian pakcik terpinga-pinga dia. Kalau tak de yang nak menolong entah macam mana pula dah penat-penat datang, kena balik semula ambil kad kat rumah.”

“Sekarang ni kemana-mana pun kena pakai kad kan.. warga emas yang tak pegang kad, susah sikitlah urusan.”

Melihat kepada kesusahan lelaki itu, Junaidah nekad membantunya dan membayar menggunakan kad sebagai pertukaran kepada wang tunai yang diberikan.

Junaidah juga turut mempersoalkan kaedah pembayaran ini yang seharusnya membantu warga emas kerana mereka kurang mengetahui tentang teknologi zaman kini.

“Kita ni bukanlah nak menolak teknologi, tapi sekurang-kurangnya bagilah pilihan terutama pada warga emas.”

Menurutnya lagi, teknologi yang ada sangat bagus namun haruslah diberikan pilihan kepada warga tua dan emas agar tidak ketinggalan dalam melakukan urusan yang harus diselesaikan.

Perkongsiannya itu turut meraih 3.3k shares dan 722 komen yang rata-ratanya bersetuju jika kerajaan membuat dua kaedah pembayaran untuk warga emas dan oku.

Baca juga: ‘Trick’ cat jubin ternyata berkesan! Boleh hilangkan kulat jubin dan kotoran, jimat duit lagi