Ahli-ahli parlimen BN akan dipanggil ke Istana Negara esok, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.
Dia berkata, ini bermaksud Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri.
“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang.
“Ini tentu juga berkat kesepaduan bersama diketuai oleh Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), timbalan presiden (Mohamad Hasan) dan Najib Abdul Razak (MP Pekan), anggota dewan tertinggi dan semua anggota parlimen kita,” katanya dalam pesanan teks hari ini.
Tambahnya, anggota parlimen BN akan berangkat dengan bas untuk ke Istana Negara pada pukul 10 pagi esok dari Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur.
sumber : https://www.malaysiakini.com/news/587745