Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan Aidiladha buat rakyat

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan Aidiladha buat rakyat. Diharapkan korban kali dilakukan dengan sempurna dan bagi yang menunaikan ibadah haji mendapatkan haji yang mabrur.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Istana Negara dalam satu hantaran di laman sosial Facebook berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan semoga ibadah korban pada tahun ini dapat dilakukan dengan sempurna.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Istana Negara dalam satu hantaran di laman sosial Facebook berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan semoga ibadah korban pada tahun ini dapat dilakukan dengan sempurna.“Semoga ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah S.W,T.

“Semoga dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredaanNya,” titah Seri Paduka Baginda.

Baca Juga: Ahmad Lutfi jadi motivasi tunggal untuk menulis, prihatin terhadap teman di sekeliling

Baca Juga: Pintu sempadan Pengkalan Kubor ‘hidup’ semula, ramai memilih pulang ke Thailand selepas pandemik