Aina Abdul hampir-hampir nyanyi sambil duduk, nasib penari selamatkan masa jatuh

Juara The Masked Singer Malaysia pertama, Aina Abdul kini semakin menemapah nama dalam industri Malaysia. Dia yang kini sibuk membuat persembahan di merata tempat dek kerana ramai orang yang mahukannya membuat persembahan buat mereka,

Aina dikatakan hampir terjatuh ketika membuat persembahan di hari pertama Magic of The Night, Sungai Melaka pada malam Jumaat lalu lapor Oh! Bulan.

Bercerita lanjut menerusi hantaran di Instagram (IG), Nurul Aina Abdul Ghani, 29, akui tertawa setiap kali teringat insiden itu. Kejadian itu bukan perkara yang membanggakan namun dia bersyukur semuanya berjalan seperti biasa.

“Walaupun pengalaman jatuh di atas pentas itu bukan satu hal yang boleh dibanggakan tetapi itu satu perkara yang buat Aina tergelak.

“Perkara itu kelakar apabila diingatkan semula tetapi saya ketawa bukan kerana malu. Alhamdulillah berjalan lancar semalam di hari pertama Magic of The Night, Sungai Melaka.

“Terima kasih sambut dengan cepat.”

@ainations

Doakan semoga baik baik sahaja. We love you 😘 #ainaabdul #fyp #magicofthenight2022

♬ original sound – Ainations – Aina Abdul Official FC

Dalam pada itu, pelantun lagu Semalam menghargai bantuan pantas daripada dua penari yang membantunya selepas gagal mengimbangkan diri ketika menuruni beberapa anak tangga.

“Terima kasih kepada penari yang sambut Aina dengan cepat! Kalau tak, memang Aina akan teruskan nyanyian sambil duduk atau tidak memakai kasut.”

Baca Juga: Macam mana dengan nasib ejen, stokis? Ejen bengang lepas Neelofa umum HQ jual inai dekat Shoppee

Baca Juga: “Kepada rider yang perkecil usaha mogok kami, tak apa terima kasih”, rider luah kekecewaan