Air Asia dan MAS umum batal penerbangan ke Sabah dan Sarawak dari KLIA

Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia telah mengumumkan pembatalan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dan Sabah serta Sarawak hari ini berikutan letusan Gunung Ruang di Indonesia.

Malaysia Airlines telah membatalkan 11 penerbangan antara Sabah dan Kuala Lumpur, termasuk penerbangan MH7420 (KUL-TWU), MH7421 (TWU-KUL), MH2612 (KUL-BKI), MH2621 (BKI-KUL), MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2610 (KUL-BKI), MH2611 (BKI-KUL), MH7404 (KUL-BKI), MH7405 (BKI-KUL) dan MH2613 (BKI-KUL).

“Lapan penerbangan antara Sarawak dan Kuala Lumpur yang dibatalkan termasuk MH2520 (KUL-KCH); MH2513 (KCH-KUL); MH2542 (KUL-KCH); MH2543 (KCH-KUL); MH2574 (KUL-MYY); MH2575 (MYY-KUL); MH2742 (KUL-BTU) dan MH2473 (BTU-KUL).

“Malaysia Airlines akan terus memantau dengan rapat sebarang perkembangan. Maklumat lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dikemas kini dan disampaikan terus kepada penumpang yang terjejas,” katanya.

Pihak Malaysia Airlines sedang berusaha membantu penumpang yang terkesan dengan pembatalan untuk mendapatkan penerbangan alternatif sebaik mungkin.

“Penumpang digalakkan untuk sentiasa mengemas kini maklumat hubungan mereka melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini melalui e-mel dan SMS.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal tetap menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines,” tambahnya.

Sementara itu, AirAsia juga telah membatalkan 16 penerbangan. Semua penumpang yang terkesan boleh membuat perubahan kepada tarikh perjalanan baru dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Sekurang-kurangnya 800 penduduk di Wilayah Sulawesi Utara telah dipindahkan berikutan letusan Gunung Ruang.

Gunung berapi tersebut, yang terletak di Pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado, telah meletus lebih tiga kali sejak semalam.

Rakaman menunjukkan aliran lava merah mengalir turun dari gunung tersebut dan ia terpantulkan di permukaan air, sementara asap kelabu berkepul di atas kawahnya.

Pulau Ruang adalah tempat tinggal kepada 838 penduduk, di mana sebahagian besar dari mereka telah dipindahkan ke Pulau Tagulandang yang terdekat.

Indonesia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, di mana aktiviti seismik tinggi kerap berlaku atas beberapa plat tektonik.

Baca: “5 tahun tak balik raya sebab mulut mak sedara, asyik bandingkan aku yang tukang kebun ni dengan anak dia kerja cikgu”