Masalah air yang tidak berkesudahan di Kelantan walaupun sudah lebih 30 tahun kerajaan negeri memerintah negeri satu-satunya digelar Serambi Mekah.
Air menjadi keperluan asas bagaimanapun jika rakyat menegur kepimpinan kerajaan negeri maka tak ada perubahanlah untuk rakyat dan wajib dipenuhi dan diselesaikan.
Terkini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Afiq Farhan yang mendedahkan beliau bakal disaman kerajaan sebanyak RM300,000 kerana menggali atau boring tanah untuk mendapatkan air.
“Nok keno saman RM300 ribu tuan tuan yang mulia,” kata Afiq Farhan.
Pada hakikatnya setiap pengguna air di bawah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sepatutnya mengeluarkan duit dari mula-mula hendak melanggan air.
“Sewa metar kita keno bayar. Palo paip kito bayar. Pulah palo paip tubik angin sajo,”luahnya.
Apabila cuba komplen dengan air Kelantan ‘dio suruh saba’ sedangkan sudah berbulan-bulan mengadu air tidak ada kemudian mereka meminta gali telaga, jika sekiranya tidak boleh sabar.
“Bilo kito gali tlago nok ko air, dio saman kito 300ribu. Air paip xdok tuan tuan Air mato sajolah tuan tuan.
“Kegilaan apakah ini tuan tuan yang mulia?” kata Afiq.
Notis itu dikeluarkan pada 7 Ogos 2023 yang berbunyi jika disabitkan kesalahan beliau akan didenda tidak melebihi RM300,000 atau tambahan RM1,000 sehari sepanjang kegagalan pelanggaran itu berterusan.
Pihak yang melakukan kesalagan diberi masa dan tempoh selama 7 hari daripada tarikh notis.
Naca juga: Pelik polis selalu sentuh belakang kereta yang ditahan. Ada SOP ke? Rupa-rupanya ada sebab