Aizat Amdan akhiri zaman bujang 14 Ogos, nikahi pengurus sendiri

Penyanyi lagu Sampai ke Hari Tua, Aizat Amdan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya yang juga bekerja sebagai pengurusnya, Elyssa Alia Ilias pada 14 Ogos ini.

Menerusi laporan Harian Metro, Aizat hanya berani melamar Elyssa setelah yakin dia mampu jadi suami yang terbaik buat wanita tersebut.

Elyssa juga mengajarnya supaya tak pentingkan diri sendiri apalagi dia jenis menyendiri.  Aizat juga telah mencipta lagu khas ‘Hanya Kita Dua’ buat bakal isterinya itu.

“InsyaAllah saya akan berkahwin dengan jodoh saya pada minggu depan. Kami bertemu dalam hampir tiga tahun dan mulanya sahabat saja. Bila lama-lama, secara semula jadi bercinta dan timbul hasrat untuk berkahwin.

“Lagu Hanya Kita Dua istimewa sebab saya tujukan kepada dia. Lagu kahwin selalunya perlahan, santai, tapi saya nak buat lagu yang lebih ‘funky’. Ia lagu keraian sebab terlalu gembira jumpa seseorang yang istimewa.

“Dia seorang yang berbeza, petah bercakap, dan tenaganya mengagumkan. Lagu ini sangat menggambarkan perwatakan dia. Dia buka hati saya jadi lebih mudah berkongsi perihal peribadi.”

Menurut Elyssa pula, mereka pada awalnya berkenalan atas dasar kerja.

“Aizat seperti rakan karib dan saya tak perlu berpura-pura. Kami pun berkongsi sifat sama seperti gemar makan.

“Dulu saya pernah temubual dia dan terus terang tak kenal dia sangat. Bila sudah borak rupanya kami tinggal dalam kawasan sama.”

Difahamkan, pasangan ini akan melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup di E-Park, Puchong, Selangor. Resepsi juga akan diadakan pada hari sama.

Baca Juga: Rosyam harap anak seni tak letak diri setaraf dengan instafamous, jaga kredibiliti

Baca Juga: ‘Bila berjaya, dia tidak berlumba pamer kereta dan hidup mewah’, pempengaruh seperti Khairul Aming wajar dijadikan contoh