Seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemui selamat dalam keadaan tersangkut pada sebatang pokok setelah rumahnya dilanda ribut puting beliung yang kuat.
Ribut angin kuat tersebut melanda negeri Tennessee pada 9 Disember, ketika Sydney Moore dan suaminya berada di rumah bersama dua anak mereka, iaitu Lord dan Princeton yang berusia setahun.
Bumbung mudah alih mereka turut diterbangkan oleh ribut berkenaan bersama-sama dengan katil bayi yang menempatkan tempat tidur Lord.
“Dia (suami) memegang katil bayi sepanjang masa sebelum mereka tercampak,” kata Moore.
Semasa kejadian tersebut, Moore berjaya menarik Princeton daripada runtuhan dinding dan berjaya menyelamatkan dirinya.
Mereka kemudiannya cuba mencari bayi tersebut di sekeliling rumah dan menjumpai Lord yang hanya cedera ringan di sebatang pokok.
“Pada awalnya, saya menyangka dia (Lord) sudah meninggal dunia dan kami tidak akan menemuinya. Namun, dia kemudian dilihat berada di pokok itu dalam keadaan baik, seolah-olah diletakkan di situ dengan penuh berhati-hati,” katanya.