Ajaib !!! Bayi lelaki ini lahir dengan 3 zakar

Seorang bayi lelaki yang dilahirkan di Iraq mempunyai tiga zakar sekali gus kejadian berkenaan pertama kali berlaku dalam sejarah perubatan di dunia.

Menerusi Indian Express, bayi itu dilahirkan tiga bulan lalu di bandar Dohuk, utara Iraq.

Menurut para doktor, ibu bapanya melihat keganjilan alat sulit pada bayi dengan skrotum yang bengkak sebelum merujuk ke hospital.

Kes ini pada awalnya diperincikan dalam International Journal of Surgery Case Reports, namun tiada media yang melaporkan perkara itu.

“Sepanjang pengetahuan saya, ini merupakan kes pertama yang dilaporkan dengan tiga zakar atau triphallia,” lapor Dr Shakir Saleem Jabali.

Tambahnya, tiada kes tiga zakar yang terdapat dalam sejarah perubatan manusia sebelum ini.

Katanya, kes bayi itu unik dan pakar perubatan mengesan satu zakarnya berfungsi namun dua yang lain perlu dibuang.

“Hanya satu daripada tiga anggota yang berfungsi dengan uretra, saluran yang mengalirkan air kencing dan air mani.

“Tiada komplikasi ketika memantau bayi lelaki itu sepanjang setahun, namun memutuskan pembedahan adalah pilihan terbaik untuk bayi berkenaan,” katanya.

Jelasnya, sebelum ini berlaku kes Diphallia, keadaan di mana seorang bayi dilahirkan dengan dua zakar dengan nisbah satu daripada enam juta bayi lelaki.

Ia pertama kali dilaporkan pada tahun 1609 oleh doktor Switzerland, Johannes Jacob Wecker.

Sejak itu, hanya sekitar 1,000 kes yang dilaporkan.

Keadaan itu tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan komplikasi kesihatan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/132017/GLOBAL/Bayi-lelaki-ada-tiga-zakar-di-Iraq