Akak jual air buah dah insaf, sekarang duduk dekat dapur je

Sebelum ini tular video yang memperlihat seorang wanita dipeluk dua lelaki semasa sesi bergambar di sebuah gerai jual air buah di Terengganu bulan lalu menginsafkan wanita yang terpalit kontroversi itu.

Darlene, 31, berkata, disebabkan kejadian tular itu, dia kini lebih berhati-hati sewaktu be­kerja bagi mengelak insiden sama berulang pada masa hadapan lapr Kosmo.

“Saya menerima banyak kecaman bukan sahaja di media sosial, malah secara bersemuka oleh segelintir pelanggan yang datang di restoran ini sejak kejadian tersebut tular pada awal Julai lalu.

“Namun, ada juga pelanggan yang bersimpati dan memberikan sokongan moral. Jauh di sudut hati, saya berasa tidak adil kerana hanya saya dicemuh dan dikenakan tindakan perunda­ngan,” katanya.

Tak adil hanya dia dipersalahkan, yang lelaki terlepas

Menurut Darlene, tindakan undang-undang juga harus dikenakan ke atas pelanggan lelaki yang memeluknya.

Mengulas lanjut, wanita itu memberitahu, bagi mengelak sebarang kontroversi, dia lebih ba­nyak melakukan kerja di bahagian dapur dan kaunter bayaran.

“Saya bimbang jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab merakam gambar saya melayan pelanggan secara curi-curi sehingga menimbulkan salah faham di kemudian hari.

“Lagipun kes sebelum ini yang disiasat Jabatan Hal Eh­wal Agama Islam Terengganu (JHEAT) masih berjalan dan dijangka di­sebut di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu pada bulan hadapan,” katanya.

Begitupun, Darlene tetap bersyukur kerana operasi perniagaannya yang popular dengan air buah dan masakan panas tidak terjejas dan masih dipenuhi pe­langgan seperti biasa.

Baca Juga: JIJIK! Macam pertama kali lihat dada besar, lelaki kerumun pelayan wanita macam kerumun durian D24

Baca Juga: Baju sekolah nipis, jarang, bapa sedih dengan kualiti baju sumbangan untuk pelajar