Akhirnya terjawab milik siapakah gerangan suara gelak semput tular dan sering digunakan oleh pengguna di media sosial TikTok khususnya videa yang lucu.
Sehingga kini, audio gelak milik wanita tersebut masih mendapat tempat dan sering lagi digunakan dalam kalangan pengguna TikTok.
Kebanyakan video yang menggunakan audio gelak tawa wanita itu berkaitan dengan kejadian yang lawak dan kelakar. Perkongsian muat naik itu sekali gus telah tular dan mendapat komen reaksi yang pelbagai daripada pengguna TikTok.
Perrkongsian video itu telah didedahkan oleh pengguna @snapzy4044 di YouTube ‘shorts’.
Berdasarkan perkongsian itu, aksi gelak tawa itu telah dirakam oleh seorang gadis di dalam sebuah bilik dipercayai sebuah hotel.
Pada awalnya seorang wanita dilihat sedang duduk di atas katil sambil menatap paparan skrin telefonnya. Kemudiannya dia dengan tiba-tiba telah gelak dengan kuat sambil diikuti wanita yang sedang merakam video tersebut yang tidak tahu apa-apa.
Seperti berjangkit, kedua-dua wanita itu akhirnya dilihat gelak bersama-sama seakan enjin motosikal yang sedang semput. Rupa-rupanya wanita itu tadi sedang melihat paparan sebuah video yang menunjukkan aksi dan gelagat yang kelakar.
Antara komen yang ditinggalkan adalah :
“Akhirnya bertemu juga suara ketawa yang asli… Dah boleh tidur nyenyak,” tulis seorang pengguna yang bergurau.
“Mula ada orang ketawa terbahak-bahak, kemudian ikut ketawa walaupun tak tahu apa yang menyebabkan kawan itu ketawa,” tulis seorang lagi penonton video tersebut.
“Saya kesini kerana saya ingin tahu kerana suara ini sering dimainkan,” tulis seorang netizen yang tertanya-tanya.
“Setiap kali mendengar bunyi ketawa ini, saya teringat akan seorang kawan lama yang terputus hubungan. Suaranya buat saya rindu dekat dia, saya ingatkan suara kawan saya kerana nadanya agak sama. Akhirnya jumpa juga pemilik suara ini,” tulis seorang netizen yang menyangka ketawa itu milik kawannya.