Berikutan kisah Jofliam yang kini didakwa sudah ‘bujang’ menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak.
Masakan tidak, suami kepada blogger terkenal Cik Epal itu didakwa membawa wanita yang bukan mahramnya ke Milan atas urusan kerja meskipun didakwa masih mempunyai pekerja lelaki yang lain.
Meskipun tidak mendedahkan sebabnya, Cik Epal bertindak memuatnaik hantaran menunjukkan dirinya sibuk dengan urusan anak-anak.
Blogger tersebut dilihat sempat membalas komen seperti hati dan juga api dikala para peminat memberikan semangat buat dirinya.
Tidak puas hati dengan apa yang dilihat, Jofliam dilihat menangkap layar perbualan tersebut dan mengatakan isterinya itu adalah ‘mastermind’.
“Baik @Cikepal, kebenaran akan muncul satu hari nanti tapi bukan dari mulut saya.”
“Saya bersumpah saya manusia yang sanggup menggadaikan nyawa saya demi orang yang saya sayang, akhirnya memakan diri.”
Baca juga: Dua hari atas motorsikal hantar adik sambung belajar, pengorbanan abang ini buat netizen sebak