Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 26 Julai, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Dalam satu kenyataan hari ini, PMO memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama 5 hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat dan 3 hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.
“Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid
“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament),” kata kenyataan itu.
PMO mengatakan bahawa peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan akan terpakai untuk sidang ini.
Keputusan ini bertepatan dengan berakhirnya 14 hari yang diberikan oleh Umno untuk Putrajaya mengadakan sidang Parlimen.
sumber : https://www.malaysiakini.com/news/581786