Wanita mana yang tidak kenal dengan jenama fashion Valet? Pernah beberapa tahun dahulu jenama ini cukup gah di mata beberapa lapisan rakyat Malaysia terutamanya wanita berkelas atasan.
Semalam nama FashionValet menjadi sebutan semula setelah tular laporan penjualan syarikat yang dinilaikan lebih RM400 juta itu hanya dijual pada harga serendah RM5 juta kepada firma pelaburan tempatan, NXBT partner.
Dengan kejatuhan harga yang menggila ini,rakyat mula mempersoalkan kredibiliti Khazanah yang didakwa telah melabur puluhan juta namun tidak memberikan pulangan yang lumayan.
Memetik dari Thevocket, menjawab berkaitan tersebut, Khazanah kini mempertahan pelaburan berjumlah RM27 juta oleh mereka menerusi FashionValet pada tahun 2018.
“Khazanah merujuk kepada artikel berita dan ulasan terkini mengenai pelaburan kami dalam FV dan ingin menangani salah tanggapan dan ketidaktepatan.
Memetik daru Business Time, “Sebagai pelabur pasaran swasta, Khazanah kerap melabur dan melupuskan aset berdasarkan kedudukan pelaburan kami dan strategi peruntukan portfolio,”.
Bergerak ke hadapan, Khazanah kini telah mengintegrasikan MAVCAP dan Penjana Kapital dibawah mereka, sekaligus akan menerima lebih banyak kepakaran dalam melabur pada pelbagai fasa syarikat tempatan, mahupun antarabangsa.
Memetik laporan Asia Tech Review (ATR) sebelum ini yang mendedahkan NXBT Partners kini memegang 51.25 peratus kepentingan dalam FV selepas memperoleh saham daripada Khazanah, Permodalan Nasional Bhd milik kerajaan dan pelabur lain pada harga kira-kira $1. 1 juta (~RM4.79 juta).
ATR turut melaporkan bahawa NXBT Partners ialah entiti pelaburan peribadi yang dimiliki oleh usahawan Malaysia Afzal Abdul Rahim, yang terkenal dengan peranannya sebagai ketua pegawai eksekutif Time dotCom Bhd, sebuah syarikat telekomunikasi bernilai RM9.4 bilion.
Baca: Cepat lebam dan busuk, ramai masih taktahu cara yang betul simpan pisang