Tular video seorang pelawak terkenal, Lan pet Pet bergaduh dengan penghantar makanan. Artis tersebut buat satu sidang media untuk ceritakan situasi sebenar.
“Anda semua jangan salah faham dengan saya dan tolong sokong saya. Ceritanya bermula apabila saya menegur penghantar makanan yang sedang tengok telefon sambil menunggang motosikal.”
“Saya bunyikan hon kereta dan kemudian dia tak puas hati. Dia tunjuk bahasa isyarat (lucah) pada saya menerusi cermin pandang belakang dan saya pun berhenti.”
“Dia buat provokasi tapi saya sabar. Dia marah pun saya sabar. Saya serang dia kerana takkan saya nak biarkan muka saya dipukul? Jadi berlakulah pergelutan.”
Di Instagram, Lan yang ditemani peguamnya, Datuk Dr Aswandi Hashim tampil sekali lagi untuk menjelaskan situasi sebenar berhubung penularan video insiden tersebut. Menurut Lan, seorang wanita yang berada dalam sebuah kereta telah merakam video pergaduhan tersebut dan viralkan video berkenaan.
“Saya tengok video tular ini dalam kumpulan WhatsApp dan tak puas hati serta terus buat laporan polis. Ia sudah menjadi kes lain pula sedangkan kami bergaduh hanya dalam beberapa saat sahaja dan selesai. Selepas bergaduh saya pergi buat laporan polis untuk diri sendiri.”
“Penghantar makanan terbabit hanya buat laporan beberapa hari selepas itu. Apa pun saya berterima kasih kepada pegawai penyiasat yang panggil penghantar makanan ini dan kes kami selesai selepas bersemuka.”
Teguran dibuat cara baik, namun mungkin disalah ertikan oleh individu terbabit. Dalam keadaan demikian kalau dilihat bukanlah satu pergaduhan tapi lebih kepada perselisihan.
Berkenaan video tular oleh wanita terbabit yang keluarkan komen seolah-olah menghakimi Lan menyerang, itu adalah satu prasangka. Saya dihubungi oleh Lan dan saya menasihatkannya supaya buat laporan polis. Ketika itu individu terbabit masih belum buat laporan polis.
Menurut Dr Aswandi pula, kejadian yang berlaku berpunca disebabkan oleh salah faham. Oleh itu, beliau menasihati Lan untuk membuat laporan polis terlebih dahulu. Ujar beliau lagi, penghantar makanan tersebut masih belum membuat laporan polis.