Menabung sudah sekian lama akhirnya mimpi jadi kenyataan. Pengait buah kelapa sawit jadi jutawan sekelip mata ibarat tak jejak ke bumi.
Seorang pengait buah kelapa sawit di Dengkil, Selangor menjadi jutawan apabila dipilih sebagai pemenang Cabutan Jutawan BSN SSP Bulan Oktober 2023.
Johan A/L Mat, 66, rasa tercabar dan juga apabila melihat wanita penoreh getah dari Negeri Sembilan memenangi kereta Mercedes.
“Dalam hati berkata ‘kalau dia boleh menang, takkan aku tak boleh?’, sebab itulah saya menabung dalam BSN SSP,” cerita Johan.
Akhirnya kali ini tuah menjadi milik mereka apabila Johan terpilih untuk memenangi RM1 juta selepas 10 tahun menabung.
Pada awalnya belaiu sangkakan ia adalah ‘scammer’ tetapi setelah dihubungi oleh pihak BSN sendiri, barulah Johan percaya dan ibarat tak jejak ke bumi kakinya.
Isterinya pula mula menabung lebih awal dalam BSN SSP sejak 1995, acap kali juga Johan menyemak senarai pemenang yang diumum, namun tak pernah sekali pun nama isterinya naik.
Johan merupakan jutawan BSN SSP ke-93 dan dua orang lagi akan dinobatkan sebagai pemenang bulan November dan Disember, sekali gus melengkapkan pencarian jutawan BSN SSP seramai 95 orang tahun ini.
Untuk tahun 2023, BSN menawarkan 10 jenis kategori, yang mana empat kategori baharu diperkenalkan dengan penawaran hadiah yang lebih menarik kepada semua pelanggan yang layak.
Sehingga Oktober 2023, jumlah penyimpan BSN SSP adalah seramai 4.68 juta orang dengan jumlah simpanan sebanyak RM5.182 bilion.
Baca juga: Hujan lebat, Lamborghini baru saja pakai bernilai RM1.8 juta ‘total lost’ akibat eksiden