Pelawak Shuk Sahar akhirnya mengakui bahawa dia telah mendirikan rumah tangga dengan wanita yang sebelum ini dikaitkan dengannya, iaitu Fara Salleh pada bulan November tahun lalu.
Bagaimanapun, Shuk, yang nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 38 tahun, lebih selesa berkongsi mengenai kisah rumah tangganya hanya kepada orang terdekat sahaja.
“Sejujurnya, apa yang dikeluarkan mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu.
“Namun, akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara tersebut. Bukanlah mahu berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga dan rakan terdekat pun sudah tahu.
“Cuma, belum sampai masa untuk saya bercerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka,” katanya dalam sebuah video temu bual.
Shuk turut mengakui tidak mahu terlalu berbicara tentang hal peribadinya kerana terkesan dengan kontroversi sebelum ini.
“Masa dapat panggilan dari sebuah media Malaysia, saya jawab ‘Maaf saya dah tidak mahu kongsi kisah peribadi atas apa yang pernah saya lalui’.
“Sebelum ini, saya selalu kongsi dalam media sosial dan terlampau terbuka sehinggakan perkara tersebut ‘backfire’ (menyerang) saya balik.
“Kadang-kadang, orang akan ambil kenyataan yang saya keluarkan dalam media sosial dan mereka pusing benda itu,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, wujud dakwaan nama Fara Salleh apabila sering mengganggu rumahtangga Shuk Sahar bersama bekas isterinya yang terdahulu iaitu Rossa Sera.
Baca juga: “Kakak ipar mengamuk bila aku balik rumah mak aku, katanya siapa nak masak kalau bukan aku”