Akhirnya Stadium Shah Alam mula kerja perobohannya setelah sekian lama

Akhirnya selepas lama pengumuman nak robohkan stadium ikonik di negeri Selangor stadium Shah Alam, prosesnya sudah bermula hari ini. Proses perobohan salah satu stadium terbesar dalam negara, Stadium Shah Alam sudah bermula bagi memberikan laluan kepada pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam.

Berita itu dikongskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Menteri Besar Selangor, Saipolyazan M Yusop yang sempat memantau kerja perobohan yang dimulakan pada 1 Julai lalu.

“Alhamdulillah. Sempat singgah ke Stadium Shah Alam untuk melihat kerja perobohan dimulakan pada hari ini 1 Julai 2024.

“Saya mengarahkan pasukan projek dan kontraktor memastikan parameters pemantauan seperti bunyi, habuk, air, trafik dan lain-lain sentiasa dipantau bagi memastikan minimum gangguan kepada penduduk sekitar.” katanya di facebook.

Hal mengenai nak robohkan ini sudah lama dibincangkan oleh netizen sehinggalah hari ini dimuktamadkan. Apabila diajukan kepada Datuk Bandar Shah Alam, ini jawapannya:-

Menurrut Datuk Bandar Shah Alam, “Ramai yang tanya kenapa tak roboh? Sebenarnya ada syarat dalam kelulusan itu antara lain pemaju perlu menghantar pelan pembangunan penuh projek di tapak tersebut secara rasmi kepada MBSA sebelum kerja-kerja meroboh boleh dilakukan.

“Walaupun konsep pembangunan sudah ada dan perbincangan mengenainya telah dilakukan antara pemaju dan MBSA, namun pihak berkenaan belum menghantar pelan pembangunan tersebut kepada MBSA,” katanya.

Menurut Saipolyazan, kerja perobohan stadium dijangka mengambil masa setahun. Mereka juga akan melihat kaedah tertentu untuk mempercepatkan kerja perobohan stadium itu.

Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) mengesahkan telah dilantik oleh Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) untuk melaksanakan kerja perobohan dengan anggaran awal nilai kontrak sebanyak RM35 juta.

Baca: Berjuta-juta ketam merah mula migrasi, ini fakta menarik yang ramai taktahu