Akhirnya Zahid jawab dakwaan dirinya tawar jadi PM

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya beliau menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri (PM) walaupun Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan beliau sudah bersumpah tidak menyokong cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Presiden UMNO itu membuat penafian ketika kredibilitinya menjadi pertikaian, ia selepas dua kali penafian sebelum ini berhubung surat sokongan dan klip audio menyokong Ketua Pembangkang Anwar yang bocor kepada umum.

Semasa bocor surat sokongan yang dihantar ke Istana Negara dan klip audio mesra melibatkan Zahid dengan Anwar bocor, beliau juga membuat penafian tetapi kemudiaan disahkan ketulenannya oleh pemimpin UMNO yang lain.

“Ia tidak pernah berbangkit (tawar diri sendiri). Mengarut. Tiada keputusan dibuat,” katanya dipetik dalam portal mesra PKR.

Penafian tersebut dibuat selepas timbul pendedahan berhubung tindakan Zahid menawarkan dirinya sebagai calon PM sebaik Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan pada September nanti.

Semalam, Agenda Daily mendedahkan punca nama Anwar tidak dinamakan dalam surat akuan diutus UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong kerana Zahid sudah menawarkan diri untuk menjadi PM baharu.

Sumber dalaman UMNO mendedahkan Zahid membuat tawaran tersebut semasa pertemuan rahsia dengan kem MP menyokongnya, ia juga selari dengan pengakuan Ahmad Maslan yang Zahid sudah bersumpah tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Malah, susulan tawaran sebagai PM itu juga berjaya menyakinkan dua menteri untuk meletak jawatan, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Noraini Ahmad baru-baru ini yang pada awalnya keberatan untuk mengikut keputusan parti.

Zahid sengaja dilihat senada dengan blok parti pembangkang khususnya dengan Anwar untuk menimbulkan retorik kerajaan gagal dan menderhaka, sebaliknya niat utamanya adalah bagi mendesak Muhyiddin meletak jawatan dan dirinya ditabalkan sebagai PM baharu.

Gerakan menjatuhkan kerajaan PN dilihat semakin giat dijalankan mutakhir ini kerana Zahid bakal berhadapan perbicaraan di mahkamah pada 24 Ogos nanti.

Pada masa ini UMNO hanya mempunyai 38 kerusi Parlimen. Beliau memerlukan sokongan daripada parti-parti lain dalam PN untuk menubuhkan kerajaan baharu yang akan dipayungi UMNO.

Menurut sumber dalaman UMNO, kem Zahid sedang giat memujuk MP Perikatan Nasional (PN) untuk menyokong beliau sebagai PM menjelang Parlimen dibuka pada September ini.

Walau bagaimanapun, perancangan Zahid untuk mendapatkan sokongan majoriti dengan sokongan daripada MP PN dilihat sukar dicapai.

Muhyiddin difahamkan dikatakan bertegas dengan pendirian Bersatu untuk tidak bersekongkol dengan ‘kluster mahkamah’.

sumber : https://www.agendadaily.com/politik/zahid-nafi-tawar-diri-jadi-pm-selepas-bersumpah-tak-sokong-anwar/

baca juga : Zahid tawar diri jadi PM, ini respons MP UMNO