Akibat tak jenguk, jaga ketika sakit wanita ini mewasiatkah RM13.32 juta kepada kuncing dan anjing bagaimanapun ia tidak sah.
Beliau sanggup mewariskan hartanya kepada binatang berbanding darah dagingnya sendiri.
Wanita di China bernama Liu, dari Shanghai berkata, dia membuat surat wasiat kepada tiga anaknya beberapa tahun lalu.
Namun katanya, dia berubah fikiran kerana zuriatnya itu tidak menjenguknya atau menjaganya ketika sakit, malah jarang menghubunginya.
Pada waktu sakit hanya kucing dan anjing peliharaan setia bersamanya.
Katanya, dia menukar wasiatnya dan menegaskan semua wangnya mesti digunakan untuk menjaga kebajikan haiwan peliharaannya dan mana-mana anak haiwan itu, selepas dia meninggal dunia.
Sebuah klinik veterinar tempatan dilantik sebagai pentadbir harta pusakanya dan bertanggungjawab untuk menjaga haiwan itu.
Sementara itu, pegawai dari ibu pejabat Pusat Pendaftaran Wasiat di Beijing, Chen Kai berkata, walaupun Liu mahu menyerahkan semua hartanya terus kepada haiwan peliharaannya, wasiat itu tidak sah di China.
“Tetapi ada alternatif untuk menyelesaikan isu ini.
“Permintaan semasa Liu adalah satu cara, dan kami akan menasihatinya untuk melantik orang yang dipercayainya untuk menyelia klinik doktor haiwan bagi memastikan haiwan peliharaan itu dijaga dengan baik,” katanya.
Seorang lagi pegawai dari Pusat Pendaftaran Wasiat China cawangan timur China berkata, mereka memaklumkan Liu mengenai risiko meletakkan semua hartanya di tangan klinik haiwan itu, sebelum dia membuat wasiat terakhirnya.
“Kami memberitahu Liu jika anak-anaknya mengubah sikap mereka terhadapnya, dia masih boleh mengubah permintaannya lagi,” kata pegawai itu.
Kisah Liu turut mencetuskan perbincangan dalam talian mengenai harta pusaka keluarga.
Baca juga: Tiada lagi budaya pencen, kerja kerajaan KWSP swasta pun KWSP