Akibat asyik ‘window shopping’ je, 37 pelanggan dikurung dalam kedai

Sekumpulan pelancong China tempatan telah dikurung di dalam sebuah kedai katil hanya kerana mereka tidak membuat sebarang pembelian.

Sebuah klip video berdurasi 53 saat yang ditularkan di platform Weibo pada 27 Mac lalu menunjukkan kumpulan pelancong dari wilayah Liaoning, China, yang didakwa ditahan di sebuah kedai peralatan tidur di Xishuangbanna, wilayah Yunnan.

Berita dari South China Morning Post melaporkan bahawa kumpulan pelancong yang terdiri daripada 37 orang telah ditahan di kedai tersebut selama beberapa jam pada 26 Mac yang lalu kerana mereka enggan membuat sebarang pembelian.

Dalam klip video tersebut, terdengar seorang wanita di belakang kamera mengeluh tentang larangan untuk meninggalkan tempat tersebut.

“Kami tiba pada tengah hari dan kami masih di sini,” kata wanita itu.

Baca juga: Viral gula-gula boleh rawat penyakit ‘mati pucuk’, ini respon balas KKM