Tular harini pembantu kepada Tun Siti Hasmah menceritakan bagaimana Tun Siti Hasmah yang berusia hampir 95 tahun terpaksa menggunakan tangga selepas lif di pejabatnya rosak.
Beliau menceritakan detik cemas itu apabila tiba-tiba sahaja lif pejabat menjadi gelap akibat blackout.
Berikut merupakan tulisan Adam Mukhriz di bawah:
“Hari ini, lif pejabat dan bangunan blackout. Nak masuk lif tetiba gelap. Jadi Tun Siti Hasmah terpaksa menuruni tangga dari Tingkat 5!
Bila dah sampai bawah dia pulak tanya kita ‘Adam okay?’Eh kita pulak ditanya. Haha.
Sepanjang turun tangga, Tun Siti Hasmah bercerita turun tangga dari tingkat 80 masa dekat New York sekitar akhir 1980an sebab hotel mereka duduk terbakar!
Alhamdulillah. Tun Siti Hasmah berjaya turun dari tingkat 5 tanpa apa apa masalah.”