Akibat parodi undang-undang Islam dah mansuh, ‘influencer’ ini bakal disiasat polis dan diheret ke mahkamah

Dah lama orang tua berpesan bahawa terlajak kata buruk padahnya. Samalah halnya dengan ‘influencer’ Dd Chronicle yang bakal disiasat polis dan diheret ke mahkamah selepas ini.

Pempengaruh juga pentaksub Perikatan Nasional (PN) itu mengaku dia sudah ‘terlepas pandang’.

Selepas orang ramai mengecam video parodi kononnya undang-undang Islam dah mansuh, Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e, 43, tampil minta maaf.

Namun, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 14 Februari menegaskan laporan polis tetap diteruskan meskipun permohonan maaf diterima.

Sejak 13 Februari lalu, tular video parodi Dediy yang jelas dengan motif mempersendakan keputusan mahkamah membatalkan enakmen kanun jenayah syariah.

Dalam permohonan maafnya, Dediy mengakui kesilapan berlaku kerana terlepas pandang dan tidak berhati-hati terhadap fakta walaupun hanya untuk video parodi.

Akibat dihujani kecaman dan cemuhan termasuk panggilan ‘Boyan’, dia juga bertindak memadam video berkenaan walaupun mengakui ramai yang telah menyimpannya.

“Sebenarnya saya tiada masalah dengan isu baru-baru ini (keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019).

“… cuma risaukan masalah yang akan datang apabila undang-undang agama kita terkulai begitu sahaja, maka terhasillah video itu,” alasannya.

Walau bagaimanapun, ‘kerisuan’ Dd Chronicle atau Dediy itu tidak ada asasnya memandangkan tiga kesalahan tersebut iaitu judi, arak dan zina masih terdapat dalam Kanun Jenayah Syariah 1 (2019) Kelantan.

Ketiga-tiga kesalahan itu tidak terbatal dan sama sekali tidak dicabar dalam petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang dimulakan pada Mei 2022.

Seksyen 35 dalam enakmen negeri Kelantan itu membabitkan kesalahan meminum arak, Seksyen 37 (judi) dan Seksyen 46 (zina) kekal tidak ‘diusik’.

Ini bermakna keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu tidak menjejaskan penguatkuasaan terhadap kesalahan syariah seperti minum arak, judi dan zina seperti yang dijaja ‘influencer’ PN.

Sebaliknya, video parodi berdurasi tiga minit 55 saat itu memaparkan Dediy secara sinis menyatakan bahawa perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.

Menerusi video itu, Dediy yang membuka “kaunter pengakuan Mahkamah Sivil pandu lalu” dilihat melayan ‘tiga individu’ yang ingin membuat pengakuan.

Mereka ‘terlibat’ dalam tiga kesalahan masing-masing meminum minuman keras, berjudi dan meliwat.

“Minum arak bukan satu kesalahan,” kata Dediy.

Dia juga mengiyakan pertanyaan bahawa orang boleh minum arak asalkan tidak memandu sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

Bagi kesalahan berjudi iaitu beli nombor ekor, Dd berkata:

“Siapa cakap beli nombor ekor, salah? Itu Islam cakap (salah). Tapi (mahkamah) Sivil cakap kalau berlesen tak salah.

Sejurus ‘ditanyakan’ adakah undang-undang Islam sudah tiada, Dediy yang pernah mengaku ibu bapanya adalah pemegang kad pengenalan merah menjawab:

“Dah mansuhlah, encik.”

“Takkan undang-undang kata boleh (main nombor ekor), kita nak lawan.”

Selain itu, Dd juga memberi komentar berhubung orang yang mengaku terlibat dalam kesalahan liwat.

“Namun, disebabkan encik mengaku (liwat), encik hanya perlu bayar RM50,000 sahaja.

“Nak penjara 20 tahun atau pun nak bayar 50,000?” tanya Dd kepada ‘individu’ yang telah mengaku liwat itu.

Untuk rekod, Dediy dikenali umum menerusi video lagu-lagu parodi termasuk memperleceh gabungan perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta menyuarakan sokongan kepada PN.

Susulan penyebaran video parodi terbaharu itu, rata-rata warganet menyifatkan Dediy sudah melampaui batas dan menuntut menteri berkaitan tegas bertindak.

Lelaki berkenaan dilihat mempermainkan hukum syarak, memperlekeh keputusan para hakim di Mahkamah Persekutuan serta tidak menghormati semangat Rukun Negara.

“Kenapa orang macam ini masih dibiar menyampaikan fakta yang salah pada masyarakat
@saifnasution

“Kat Tiktok pun ramai buat content macam ni masih takda apa-apa tindakan.

“Ini bukan kali pertama dan banyak kali dan pihak berkuasa terlalu berlembut dengan mereka.

“Malang tak berbau kalau pihak berkuasa tidak mengambil tindakan secepat mungkin,” demikian antara komentar netizen.

BACA JUGA Risau tengok bayi Cina tak ramai, Yb PKR rayu orang Cina cepatlah kahwin