Tergamaknya kau! Wanita ini tanggung kerugian hampir RM174k dan bisnes hampir lingkup akibat ditipu staff yang paling dipercayai

Dalam menguruskan perniagaan, sesebuah syarikat memang memerlukan pekerja untuk memastikan proses harian berjalan lancar.

Dalam sesebuah syarikat biasanya akan ada pekerja yang akan diberi kepercayaan oleh majikan untuk menguruskan hal-hal tertentu.

Semalam, seorang wanita yang juga seorang ahli perniagaan telah mendedahkan beliau telah diperdaya oleh seorang pekerjanya. Perkongsian wanita yang dikenali dengan nama Puteri itu mengejutkan orang ramai.

Melalui perkongsiannya, dia terlalu mempercayai pekerja yang bernama Ella itu melebihi keluarganya sendiri. Ella juga merupakan pembantu peribadi merangkap pengurus syarikat tersebut.

@puterikasim

Aku tak boleh tidur sakit lamaaa pazelah sebab kau rupanya. Allah tunjuk semua benda 😭😭😭

♬ original sound – Mommy PK

Ella bertanggungjawab untuk menguruskan akaun TikTok dan Shopee sepanjang dia bekerja. Segala duit yang masuk ke akaun tersebut diuruskan olehnya.

Puteri juga jatuh sakit dan tidak mampu untuk menguruskan perniagaannya akibat kehilangan duit syarikat yang terlalu banyak tetapi, dia tidak menyedari bahawa duit syarikat telah digunakan oleh Ella secara senyap-senyap.

Ella juga dilihat semakin berduit dan mulai membeli kereta dan rumah. Kemuncaknya, perkara ini terbongkar apabila Ella telah meminta cerai dari suaminya dan Puteri ada berjumpa dengan suami Ella.

Suami Ella waktu itu ada memberitahu yang isterinya itu mulai berubah sejak dia berduit. Puteri mulai menyedari duit syarikatnya selama ini hilang kerana Ella.

Justeri, Puteri telah meminta Ella untuk membayar semua duit yang telah diambil dan akan mengambil tindakan kepada Ella

Baca juga: “Suami perasan handsome dan bergaya walaupun makin tua, bila aku mengandung awal dia suruh gugurkan sampai nak hantar klinik..”