Akta kawal penyebaran agama bukan Islam hanya untuk Wilayah Persekutuan, kata Idris

Penggubalan undang-undang untuk menyekat pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam hanya untuk diguna pakai di Wilayah Persekutuan, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Idris berkata, sesetengah pihak telah salah faham berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin Atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

“RUU yang dicadangkan dalam konteks ini akan diguna pakai di peringkat Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja.

Bagi negeri yang masih belum menggubal enakmen berkenaannya, ia bergantung kepada DUN masing-masing, kata Idris Ahmad.

Katanya lagi, walaupun RUU itu diluluskan, hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan masih terjamin.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/590839