“Aku ajak kak ipar makan dia tak nak, bila suami aku datang terus dia ambil nasi duduk sekali”

Seorang wanita langsung tidak menyangka bahawa kehadiran insan bergelar kakak ipar bakal menjadi punca keretakan rumah tangga yang dibinanya selama ini.

Menyayangi kakak ipar seperti saudara kandung, wanita berkenaan malah dikhianati apabila isteri kepada abangnya itu menjadi orang ketiga dalam perkahwinannya.

Berikut adalah perkongsian wanita yang sudah tidak mampu lagi memendamkan perasaan demi menjaga tali silaturahim keluarganya.

“Aku nak cerita tentang kakak aku. Sebenarnya kakak ipar. Isteri kepada abang aku. Mereka sudah berkahwin selama 10 tahun. Anak seorang. Aku sayang kakak ipar ini. Kami sekeluarga panggil dia ‘akak’. Anak dia pun aku sayang sangat. Tetapi abang aku pula yang bermasalah. 

“Perangai macam syaitan bila dengan isteri (bukan sepanjang masa, ada pasang surutnya). Dengan aku dia ok sahaja. Tetapi aku tahu segala masalah rumahtangga mereka. Macam mana aku tahu? Tiada rahsia pun, si akak ini akan cerita dekat keluarga kami. Dekat mak aku pun selalu dia mengadu kat Whatsapp macam-macam.

“Kakak ipar selalu ‘up status’ Facebook (FB) yang membuatkan semua orang tahu dia ada masalah rumahtangga. Bukan mak ayah aku tak tegur abang. Sudah berbuih mulut. Macam-macam air penawar bagi. Walaupun dia abang kandung, tak pernah aku sokong abang. Selalu menyebelahi akak. Simpati sangat dengan nasib akak sebab dapat suami macam abang.

“Kakak ipar ini baik. Balik rumah mak, dia selalu masak. Tak berkira bawa makanan macam-macam seperti sayur dan buah. Tetapi ini yang aku nak cerita. Dulu suami aku kerja jauh. Jarang balik kampung belah aku. Kiranya dulu kami PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Sekarang dah balik duduk sini, jadi agak kerap balik kampung aku.

“Suami jenis bapa yang penyayang. Suka layan anak-anak. Jadi ada sekali, kak ipar ini (biraslah dengan suami) puji melambung-lambung suami aku iaitu Z. Dia pujilah kata Z ini bagus, layan anak-anak. Masa itu aku cuma cakap Alhamdulillah dan anggap kak ipar nak perli suami dia sendiri yang selalu marah anak.

“Jauh di sudut hati meluatlah juga dengar. Sebab melampau sangat puji. Macam kagum sangat. Sebagai isteri, aku tahulah apa kekurangan suami sendiri. Kakak ipar ini, suami dia bukan main lagi keji, suami orang puji sakan. Tetapi aku buat bodoh sahaja, nak buat apa lagi kan.

“Dulu akak pernah ‘up status’ dekat FB konon minat dengan seseorang. Entahlah, mungkin dia tengah cakap fasal perempuan. Tetapi ayat macam tengah in love dengan lelaki. Aku fikir dia saja buat macam itu sebab nak sakitkan hati abang aku. Aku baca tanpa komen apa-apa. Tetapi tak manislah, status dia semua mak aku boleh baca kot.

“Sekarang, dia macam suka dekat suami aku pula. Jadi aku memang terasalah, laki aku kot. Bila kami balik, aku perasan akak akan cuba cakap berdua dengan Z. Aku malas nak ambil tahu sangat. Sebab bila aku datang dekat, dia diam. Tetapi aku yakin akak tengah mengadu masalah rumah tangga dia. Dan aku buat bodoh lagi.

“Tetapi ada satu hari ini, keluarga makan-makan. Kena bakar sate dan sebagainya. Tempat letak makanan pula jauh sikit dari rumah. Kiranya apa yang orang buat di situ, kami dalam rumah takkan nampaklah. Anak aku perempuan ini manja dengan bapak dia. Aku pula sibuk di dapur. Jadi anak aku merengeklah nak bapak dia. 

“Aku cari Z tak jumpa. Aku pun pergi dekat tempat letak makanan. Tengok-tengok si kak ipar tengah bersembang dengan Z. Bila aku datang, mereka diam. Macam aku menganggu pula. Aku beritahulah anak cari Z. Yang membuatkan aku terasa, Z tak nak ikut aku weh. Dia macam nak jaga hati akak. Sampai hati.

“Dua tiga kali aku ajak suami turun sebab nak dia lepaskan diri daripada dengar cerita akak yang tak pernah habis itu. Tetapi tak bersambut. Alasan dia nak jaga makanan, takut kucing kacau. Perlukah dua orang jaga makanan? Kejadian itu buat aku terasa hati gila. Setiap kali teringat mereka duduk berdua-duaan, aku menangis.

“Ya, mereka cuma bersembang. Tetapi perlu ke sembang dekat tempat yang tak berapa cerah? Masa itu malam tau. Aku ambil masa nak pulihkan rasa sakit hati dengan perbuatan mereka. Suatu hari, aku terus-terang dengan Z. Aku tak suka dia buat macam itu. Dia tak mengaku salah. Dia kata ada anak kami yang sulung. 

“Masa itu anak sulung aku empat tahun kot. Tak berdua-duaan kepala bapak dia. Eh, tak fasal-fasal bapa mentua aku pun terlibat. Aku pendam masalah ini dari keluarga. Mesti mereka anggap aku yang cemburu berlebihan (pembaca pun sama kan?). Mereka berdua kan dah jadi keluarga. Biasalah sembang-sembang.

“Aku tak kesah nak bersembang. Tetapi perlu ke berdua dan senyap setiap kali aku ada? Penting sangat ke nak sembang dengan biras lain jantina berdua? Untuk makluman, aku selalu sahaja sembang dengan kak ipar. Rahsia rumahtangga pun aku tahu walaupun tak semua. Jadi kalau nak kata akak tak selesa dengan aku, memang mustahil. 

“Tetapi dia nak juga cari suami aku untuk cakap. Luah dan cerita masalah dia. Suami aku jenis dengar sahaja. Tak jawab apa pun. Tetapi bila bincang dengan aku tentang rumahtangga akak, suami banyak menangkan abang (dia menangkan kaum Adam). Berbeza dengan aku yang selalu rasa abang aku banyak buat silap sebagai ketua keluarga.

“Tetapi depan akak, suami tak pernah cakap apa. Jadi kak ipar aku selesa luah macam-macam dekat Z. Padahal Z bukan setuju pun dengan dia. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat dan perbuatan kakak ipar ini yang macam sengaja nak sakitkan hati aku. Tak tahulah kot aku ada buat salah silap ke.

“Akak akan guna Z untuk sakitkan hati aku. Kadang-kadang benda yang simple sahaja. Contohnya, perkara yang boleh cakap direct dengan aku, kak ipar pilih untuk cakap dengan Z. Selalu sakit hati tetapi depan dia, aku buat bodoh macam biasa. Kalau tak tahan, aku akan bangun Tahajjud cerita kat Tuhan.

“Ada satu masa itu, kami pergi kenduri keluarga akak ipar. Aku dan Z makan gilir-gilir. Z makan dulu. Lepas itu, aku bangun pergi ambil nasi. Nampak akak, aku tegurlah dia, ‘akak baru makan ke?’. Dia tak jawab. Aku husnuzon mungkin dia tak dengar. Kami ambik lauk sama-sama. Aku tak kisah sebab fokus nak ambik gulai daging.

“Lepas itu, aku letak pinggan di meja untuk cuci tangan. Masa aku cuci itu, tiba-tiba akak datang kat Z cakap sesuatu. Aku meluat tapi malas nak tanya apa. Lantaklah. Pastu Z yang cerita, akak suruh ambil lauk bawa balik. Padahal boleh sahaja cakap dengan aku. Wajib juga cakap dengan Z. Tetapi macam biasalah, aku buat bodoh.

“Yang buat aku hantar confession ini adalah kejadian aku balik kampung baru-baru ini. Masa itu tengah makan malam. Z sibuk uruskan anak-anak. Anak kurang sihat, jadi merengek lebihlah. Z pun masakkan mi segera untuk anak aku. Masa itu aku tengah makan kat meja ramai-ramai. Ada mak dan kakak ipar yang lain.

“Masa itu akak dah puji-puji Z. Baguslah Z layan anak-anak. Akak duduk tengok kami makan. Aku fikir nak makan cepat sebab nak jaga baby pula. Jadi tak makan sekalilah dengan Z. Kami makan gilir-gilir. Berkali-kali aku jemput akak makan sama-sama. Tetapi dia tak nak. Jadi, aku makan sahajalah.

“Lepas Z siap masakkan mi segera untuk anak, Z nak makan nasi pula. Masa itu kak ipar ini cepat-cepat ambil pinggan dan nasi kemudian duduk di meja makan. Padahal kami semua dah siap makan, Z seorang yang tak makan lagi. Jadi Z makan dengan dia. Aku taip ini pun masih sakit hati.

“Mula-mula aku fikir, Z akan ambil lauk di meja dan makan dengan anak-anak. Tetapi tak, dia duduk kat meja makan itu dengan akak. Aku lalu belakang Z, cuit sikit belakang dia. Moga dia faham hint yang aku bagi. Tetapi dia buat bodoh sahaja. Sakitnya hati aku. Akhirnya baby aku biar mak ayah jaga, aku pergi ambil wuduk, solat sambil nangis. Mereka makan berdua kat meja makan.

“Aku tahu akak sengaja nak sakitkan hati aku. Akak sendiri gelar diri dia menantu hantu. Nak kata akak bodoh, dia tak bodoh. Dia lepasan sarjana muda. Takkan bab ikhtilat tak faham. Aku kecewa sangat akak ipar buat macam itu dekat aku. Tetapi aku 10,000 kali berganda kecewa sebab Z suka melayan. 

“Nabi SAW sendiri kata ipar adalah maut (Riwayat al-Bukhari: 5232, Riwayat al-Muslim: 2172). Ini pula biras. Dengan abang aku yang lain (ipar akak) tiada pula dia duduk berdua macam itu. Tak tunggu abang lain nak makan baru dia pun cepat-cepat ambil nasi. Aku selalu kesian dekat akak, simpati dengan nasib dia. 

“Macam ini pula dia buat dekat aku. Ini baru sikit, banyak lagi yang aku tak cerita. Aku rasa macam kena buli pun ada. Aku sengaja tak cakap apa-apa sebab tak nak putuskan silaturrahim. Tetapi bila aku diam, dia buat aku macam ni. Mungkin bagi pembaca, benda ini tiada apa pun. Aku sahaja yang overthinking

“Tetapi kesan daripada masalah ini, aku asyik menangis. Aku nangis setiap kali solat, setiap kali ngaji. Setiap malam sebelum tidur. Setiap kali teringat. Aku tumbuk dinding sebab geram sangat. Aku tahu aku bodoh. Bab akak ipar itu lantaklah dia. Memang dia sengaja buat macam itu. Tetapi yang aku geram si Z ini. Aku geram sangat.

“Berkali-kali aku fikir nak minta cerai. Sebab kalau Z sayang aku, dia takkan buat benda yang isteri dia tak suka. Ya, aku tak suka dia layan si akak. Kalau orang lain tak mengapa. Sebab orang lain tak gedik. Tetapi takkan nak mintak cerai sebab ini. Sudahlah anak-anak semua manja dengan bapak.

“Ikut hati aku nak terajang sahaja Z ini 50 kali. Sebab suka melayan. Seronoklah akak ipar aku itu pun. Ada tak tips atau doa ke untuk aku move on? Hati aku sakit.” Luah wanita yang tidak dapat menghilangkan rasa kecewa terhadap perlakuan suami dengan kakak iparnya.

Baca: Dalam peta Malaysia nampak kecil, realitinya tanah lagi besar dari negara eropah dan Korea Selatan