‘Aku akan terus ganggu kau’-Lelaki ini dihantui mimpi kekasihnya tiap malam akhirnya tak tahan serah diri pada polis

Kisah misteri ini sering kali menjadi gangguan tidur seorang lelaki sehingga beliau diganggu oleh suara-suara seorang wanita yang menjadi mangsa bunuhnya.

Lelaki tersebut tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana diganggu dengan ‘kekasihnya’ yang sudah meninggal dunia.

“Kalau tak serah diri di mana-mana balai polis, aku akan ganggu kau,” kata bayangan kekasihnya terhadap lelaki tersebut.

Sejak itulah, suspek menjadi tertekan kerana tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam serta sering diganggu pada waktu Maghrib.

Seorang bekas pengawal lokap bercerita kisah seorang lelaki yang datang menyerah diri selepas diganggu dengan bayangan kekasihnya yang telah meninggal dunia.

Tiga bulan diganggu bayangan bekas kekasih dibunuhnya

Melalui akuan TikTok bernama Daud (@daudyatim), kisahnya bermula apabila seorang suspek datang ke balai polis yang menjadi tempat kerjanya sebelum ini untuk menyerah diri.

Menyerah diri selepas melakukan jenayah merupakan satu perkara yang luar biasa dan sudah semestinya mencetuskan kehairanan dalam kalangan pengawai penyiasat di sana.

“Semasa itu, saya seorang pengawal lokap. Saya bertanya kepada dia ‘Kenapa kamu menyerah diri dalam kes membunuh kekasih ini?’” kata Daud.

Lelaki itu kemudian menceritakan secara panjang lebar jenayah yang dilakukan sebelum ini dan alasan kenapa dia datang menyerah diri.

Nyawa wanita malang melayang akibat enggan memberikan wang dan barangan kemas kepada teman lelakinya

Menurut Daud, jenayah itu bermula selepas suspek meminta wang daripada teman wanitanya tetapi ditolak.

Suspek masih tidak mahu mengalah dan dia terus mendesak untuk diberikan beberapa barang kemas yang lain, termasuk rantai dan gelang yang dipakai teman wanitanya.

Wanita itu masih enggan menyerahkan semua barang kemas tersebut. Berang permintaannya ditolak, suspek menjadi hilang kawalan dan bertindak memukul wanita berkenaan pada bahagian kepala.

Pukulan tersebut telah menyebabkan wanita itu rebah dan tidak sedarkan diri lalu rampas semua barang kemas. Rupanya, pukulan tersebut telah menyebabkan pendarahan serius pada bahagian dalam kepala kemudian mangsa meninggal dunia.

“Mengetahui perkara tersebut, suspek telah mencampakkan mayat kekasihnya ke dalam sungai,” ujar Daud.

Sering kali diganggu, dan sudah tidak tahan selepas diganggu setiap masa, akhirnya suspek membuat keputusan untuk menyerah diri di balai polis.

Baca juga: Penyakit misteri serang 95 pelajar sekolah, kaki tiba-tiba jadi lumpuh