“Aku bahagia berpoligami, yang aku tak boleh terima bila madu ‘bersama’ dengan suami mereka guna katil aku, geli…”

Hidup berpoligami bagi sesetangah wanita ianya boleh diterima bahkan menyeronokan tapi disebalik itu ada privasi yang perlu dirahsiakan antara isteri dan madu.

Antaranya adalah bilik tidur ianya adalah privasi dan tidak seharusnya dikongsi dengan sesiapa sahaja. Kali ini ada seorang isteri meluahkan rasa terbuku dihati dengan sikap suaminya serta madu yang menggunakan bilik tidur si isteri.

Alhamdulillah, saya dah berkahwin hampir 3 tahun hidup berpoligami dan serumah dengan madu saya.

Bilik bersama dengan suami berkongsi dengan madu saya. Pada awal perkahwinan saya turuti saja dengan syarat suami kena kasih dan sayangnya terhadap saya

Hari demi hari, bulan demi bulan sikap dan perilaku saya berubah mendadak sebab seolah-olah privasi saya sendiri atau dengan suami pun tak boleh nak di rahsiakan.

Saya tak boleh terima “bilik bersama” diguna secara kongsi.

Sikap saya lebih memberontak terhadap suami, pernah slow talk dengan suami minta sediakan bilik berasingan.

Masing-masing ada bilik tersendiri tak perlu di kongsi lagi, tapi suami beralasan tidak mampu, padahal suami ada lagi rumah lain yang suami sewakan atas urusan kerja.

Boleh saja rumah tu diberikan kepada saya / madu untuk tinggal.

Ada saja ruang bilik yang boleh disediakan tapi beralasan banyak barang yang perlu dikemas dan macam-macam lagi alasan yang diberi

Setiap kali saya minta nak tinggal di rumah sewa suami yang lain, suami akan beri alasan mahu isteri-isterinya sentiasa ada dengannya dalam satu rumah.

Bukannya tak bahagia, memang bahagia sebab suami sentiasa ada, cuma itu lah bilik bersama di kongsi.

Makin hari saya tak boleh nak redha. Fahamkan macam mana perasaan.

Bila madu nak guna bilik tu, madu saya akan beritahu malam nanti dia akan bersama suami, dan saya terpaksa pindah ke ruang bilik yang lain, yang mana ruang tu agak sempit.

Bukannya rumah tu tak ada bilik yang lain tapi ruang bilik lain digunakan untuk simpanan barang atau lebih kepada stor.

Setiap kali madu nak guna bilik, saya akan memberontak dan bermain perasaan.

Bayangkan semua privasi diganggu sehinggakan ruang privasi untuk diri sendiri pun tak ada.

Saya tak halang pun madu saya untuk bersama suami, cuma agak kecewa privasi diri saya pun tak dapat dijaga.

Siapa tak sayang suami. Saya bahagia berpoligami sebab bukan kita seorang sahaja yang buat kerja untuk suami, urusan kerja rumah dibuat bersama-sama.

Cuma kongsi “bilik bersama” saya tak dapat terima.

Kalau saya memberontak pun saya akan keluar dari rumah tu dan pergi ke rumah lagi satu (yang suami sewakan)

Apa patut saya buat?

Slow talk pun dah dengan suami.

Takkanlah nak minta cerai kerana isu ini semata. Cuma sedih saya nak bilik persendirian sungguhpun suami tak mampu bagi sebuah rumah.

Baca juga: Pilih cara hidup mengemis, pengemis ini memiliki kekayaan cecah RM4.2 juta selain pendapatan bulanan RM4,239.52