“Aku balik-balik nak happy lah kan? Buat surprise dekat dia semua? Dia buat bodoh ja. Last aku jumpa seseorang…”

Perkahwinan yang dibina atas dasar suka sama suka sebaiknya akan bahagia dan happy tapi perkahwinan yang diatur oleh kedua ibu bapa sejauhmana pula.

Tambahan pula perkahwinan itu adalah perkahwinan jarak jauh salah seorang sama ada suami atau isteri yang buat hal.

Dah berkahwin selama 8 tahun bahkan bekerja jauh sebagai anggota pertahanan. Ibu bapa yang tentukan perkahwinan mereka kerana si suami jenis tak memilih maka ikutkan saja apa yang ibu bapa mahukan.

Bagaimanakah isteri pilihan ibu bapa ini boleh kekal dan sejauhmanakah dia tidak dimadukan. Ikuti kisah ini…

Assalamualaikum admin. Minta post yaa dan hide FB aku min. Aku dah berkahwin hampir 8 tahun. Aku bkerja oustation. ( Anggota pertahanan ) Aku dan wife aku kahwin atas dasar ibu bapa. Ibu bapa yang tentukan. Sebab aku jenis tak memilih. Aku ikutkan saja apa yang ibu bapa aku nakkan.

Sebelum kahwin aku ada pesan dekat isteri aku. Boleh kaa terima pekerjaan aku ni? Dia kata boleh terima. Dan dia tak mengeluh. Aku pun okay takpalah. Tapi kan smpai skarang. Selepas aku kahwin. Aku dikurniakan dua orang anak. Aku bukan nak mengaibkan bini aku min. Takdak niat langsung. Hanya nak berkongsi.

Bayangkan? masa permulaan perkahwinan, semua mesti merancang untuk ada anak dan sekaligus untuk bersama lah kan? Aku ingat bercinta selepas nikah ni indah jugak. Tapi indah khabar dari rupa kadangnya. Dia taknak bersama aku dan tak pernah mengajak aku langsung untuk bersama?

Pada mulanya aku ingat dia malu malu lah, ya lah kan sebab tak berapa kenal dan kami tak bercinta. Aku bagi dia masa lah aku tak sentuh dia langsung lagipun aku kan kerja outstation.

Okay di pendekkan cerita. Dalam 3-4 bulan lepas tu, aku dah rasa panas dan geram sebab dia langsung tak layan aku. Aku pun pelik dia takda nafsu untuk bersama atau nak anak ka ha? Lepas padatu aku tak peduli. Aku terus terang ja dekat dia. Awak, saya nak anak!, lepas padatu kami bersama juga lah. Aku pun rasa mungkin dia segan. Akhirnya dapat lah bersama kan.

Tapi rupanya kan? Dia tadah ja min? Dia tadah seolah olah. Kau buat lah apa pun dah habis beritahu? Kalau korang duduk ditempat aku? Apa korang rasa. Okay takpalah. Aku Bkan nak mengaibkan. Tapi itulah hakikatnya smpai skrg. Jadi takpalah. Lepas padatu aku pun tak mntak dah. Nak dijadikan cerita min. Allah punya kuasa.

Sangkut min positive. Allah dengar doa daripada aku. Muncullah anak aku yang pertama. Rezeki dri allah. Aku kan kerja luar negeri. Jadi peluang utk nak bersama dengan si dia susah gilalah sbb jarang balik. Aku bersyukur.

Dipendekkan cerita aku dengan dia jarang bersama sebab salah satunya aku kerja oustation. kedua dia pun mmg rasa mcm xnak bersama jaa nampak gayanya. Bayangkanlah? Aku balik balik nak happy lah kan? Buat surprise dekat dia semua? Dia buat bodoh ja.

Contoh aku lama tak balik dalam 4 bulan lah contoh. Aku buat surprise balik terus surprise dekat dia. Muka dia mcm nak taknak ja. Aku sedih gila. Dah 8 tahun min aku rasa sunyi dan mcm kurang kasih syg isteri. Tapi aku ada anak.

Selang beberapa tahun. Aku inginkan seorang lagi cahaya mata kalau boleh. Lepastu benda yg sama jadi. Dia tak layan aku. Dia tadah mcm terpaksa gila. Aku nak kata apa nak taknak kan? Seolah olah mcm takdak isteri aku rasa. Nak dijadikan cerita. Jadi benda yg sama muncul anak kedua min.

Subhanallah. Besar kuasa Allah. Jadi bayangkan 8 tahun kahwin. Peluang bersama tak smpai beberapa kali aku rasa. Allahurabbi. Dan aku jujur tak pernah tidur dengan mana mana permpuan selain dia. Bila aku berjauhan dia langsung tak contact aku, contoh 4 bulan aku outstation? 4 bulan lah dia tak contact aku?

Aku yang selalu akan tanya khabar, dia dah makan ka sihat ka dan sebagainya. Nak tnggu dia balas balik? Aku rasa dua hari atau tiga hari. Itupun hanya sepatah.

Lama kelamaan kan. Aku rasa mcm dah lali dengan sikap bini aku. Aku rasa mcm takpalah aku redha dengan kententuan Allah. Cuma dekat sini aku nak berkongsi sikit.

Aku ada kenal dengan seorang perempuan ni. Aku kenal dia dekat satu sesi latihan rohani, aku sebagai fasilitator masa tu. Dia baik dengan aku.

Family broken. Dia anggap aku ni mcm tempat dia nak berkongsi masalah. Aku dh kenal dengan budak ni dalam 3 tahun dah. Lepas latihan tu kami ada contact jugak.

Tapi sebagai seorang fasilitator dan seorang peserta latihan. Contact smpai sekarang jugak. Dia akan text aku tanya khabar dan sebagainya. Tapi tak lebih dari tu. Dan dia tahu aku dah berkahwin. Aku cerita aku ada anak dan sebagainya. Tapi tak cerita lebih pada tu sebab aku bkan jenis nak kongsi hal privasi dengan orang. Dan dia taktahu aku nak memperisterikan dia.

Nak dipendekkan cerita min. Aku mcm berkenan lah dekat dia ni. Dan dia masih anak dara. Dia baik dengan aku. Aku kenal mak dia. Dan aku pernah jumpa mak dia. Aku nak peristerikan dia dengan cara yg baik. Nak bawak dia jumpa ibu dgn ayah aku. Lepastu nak suai kenal dengan keluarga aku.

Baca juga: Penangan Kieda Crepe, beratur sampai 3 jam di Ipoh