“Aku baru turun pangkat sebab kena aniaya, laki langsung taknak ambik tahu sebab aku tak mampu nak bayar bil rumah dan tanggung dia..”

Seorang suami yang baik pasti akan menyantuni isteri selayaknya dan memberikan nafkah semampunya kerana itulah tanggungjawab dalam perkahwinan.

Namun masih ramai suami yang tidak tahu tanggungjawab dalam perkahwinan dan sering menyakiti isteri dengan tidak memberikan nafkah zahir mahu pun batin.

Wanita ini menceritakan dirinya yang sering dibuli suami hingga segala keperluan rumah perlu ditanggung sendirian tanpa dibantu sang suami.

Salam semua. Saya sorang isteri dan usia perkahwinan baru saja masuk setahun. Baru sahaja melahirkan seorang zuriat. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka kerana sudah berkawan sejak zaman universiti.

Kami suami isteri bekerja, tetapi pendapatan saya sedikit lebih tinggi berbanding suami. Kami tinggal di rumah ibu mertua, kebanyakan masa kami tinggal berdua kerana ibu mertua ada rumah lain di johor. Sejak awal perkahwinan, suami tidak pernah culas beri duit nafkah pada saya. Walaupun tidak banyak, tapi saya bersyukur dan rasa dihargai.

Suami saya sorang yang lembut dalam pertuturan, ramai kawan kerana sifatnya yang mudah disenangi. Dalam urusan rumahtangga, dia juga tidak kekok untuk mengemas rumah dan menguruskan kerja rutin jika saya penat bekerja dan tiada masa.

Saya bekerja ikut waktu shift, sedangkan suami bekerja office hour. Logiknya, tidak banyak sangat masa untuk kami berdua, memandangkan waktu saya balik kerja, biasanya suami telah tidur atau keluar lepak bersama kawannya. Dari awal perkahwinan lagi, saya sudah tanya dia, adakah dia okay jika saya terus bekerja dengan rutin kerja sewaktu saya bujang. Jawapan dia, dia sebagai suami patut sokong kareer isteri dan berjanji akan kurangkan beban tugas di rumah bersama-sama.

Nak dijadikan cerita, saya mengandung setelah 2 bulan berkahwin. Kami berdua, sangat gembira dan pada awalnya kami banyak berbincang mengenai topik-topik berkaitan kehamilan dan keperluan selepas mempunyai anak.

Sewaktu saya mengalami alahan pada awal kehamilan, dia ada bantu untuk memasak. Saya sebagai sorang isteri dan bakal ibu berasa sangat gembira dan dihargai oleh suami kerana dia menunjukkan rasa ambil berat. Sewaktu hamil, saya masih bekerja seperti biasa. Saya sorang yang berdikari dan jarang meminta bantuan dari suami sejak awal perkahwinan.

Memandangkan kos ke tempat kerja saya lebih jimat dengan menaiki mrt, jadi setiap hari saya drive ke parking mrt dan menaiki mrt ke tempat kerja. Dari awal saya mengandung sehingga la dah nak bersalin, saya boleh kira berapa kali dia hantar saya ke tempat kerja.

Setelah berapa bulan berkahwin, saya baru sedar suami jenis berkira bab duit. Dari bab makan, sehingga la urusan – urusan lain yang berkaitan dengan duit. Dia cuma beri wang nafkah, tetapi tidak mengambil peduli keperluan saya yang lain.

Pada awalnya, saya tidak kisah kerana saya mampu beli dan bayar apa yang saya mahu. Tetapi lama kelamaan, saya berasa seperti dipergunakan. Wang belanja dapur pun saya yang keluarkan. Dia tumpang makan sahaja.

Sewaktu saya hamil 5 bulan, saya diuji dengan masalah di tempat kerja. Ujian itu menyebabkan saya dikenakan tindakan oleh syarik4t. Saya diturunkan pangkat ke jawatan yang lebih rendah dengan gaji minimum. Pada saya sebagai wanita yang sayang dengan kareer, ujian tersebut menyebabkan saya hilang separuh dari nyawa saya dan saya down hampir 3 bulan kerana syarik4t mengg4ntung kerja saya selama hampir 2 bulan.

Saya rasa sangat tidak adil, kerana diani4ya dan mempunyai masalah trust isu setelah kejadian tersebut. Dalam tempoh pengg4ntungan kerja, suami banyak membantu untuk saya berhadapan dengan tempoh pengg4ntungan di mana saya perlu hadir ke syarik4t untuk membela diri.

Saya hampir berputus asa dengan kehidupan kerana bukan mudah saya nak capai apa yang telah saya dapat dalam kareer. Sewaktu tempoh pengg4ntungan kerja, walaupun suami membantu untuk saya masuk kembali bekerja, saya dapat rasakan layanan suami telah berubah terhadap saya.

Dalam hati, saya tahu dia risau akan perbelanjaan isi rumah jika saya hilang punca pendapatan. Dan syarik4t akhirnya mengambil keputusan untuk tidak membuang saya tetapi menurunkan pangkat dan gaji saya ke paras minimum.

Dugaan saya, sudahlah diuji dengan pengani4yaan di tempat kerja, rasa maruah diri jatuh kerana downgrade dan ditambah pula suami yang seolah-olah tidak dapat terima hakik4t yang pendapatan saya tidak seperti dahulu.

Saya yang sedang sarat mengandung 6 bulan pada waktu itu, berasa sangat tertekan tetapi cuba sedaya upaya untuk melawan kerana risau akan kandungan. Setelah diturunkan pangkat, suami sem4kin kurang untuk beri perhatian kepada saya.

Dia kurang bertanya mengenai kandungan dan sem4kin dingin dengan saya. Bila saya bercakap dan bertanya dengan baik, dia jarang menjawab atau hanya jawab sepatah. Tiada langsung rasa nak bermesra dengan saya apatah lagi nak beri nafkah batin.

Walaupun saya hamil, saya pernah mengajak dia untuk berhubungan intim kerana merasakan yang terlalu lama kami tidak bersama. Tetapi dia menolak dengan alasan tiada mood dan banyak masalah nak difikirkan. Lama kelamaan, kami sudah tidak tidur sebilik dan dia banyak tidur di ruang tamu, membiarkan saya yang sedang sarat hamil tidur bersendirian di tingkat atas.

Saya hadap sendiri badan yang sengal-sengal, kaki kejang, munt4h – munt4h dan susah lelap mata. Setiap hari, saya sebagai isteri tertanya-tanya, mengapa suami saya terlalu banyak berubah. Saya teringin juga nak rasa suami urut badan tanpa disuruh, usap perut, dengar luahan saya atau layan apa yang saya mengidam macam suami orang lain.

Tapi, apakan daya. Dah terlalu banyak perubahan dia hanya disebabkan saya diturunkan pangkat. Saya tidak pernah mengabaikan penampilan saya di rumah dan rumah juga sentiasa berada dalam keadaan terurus walaupun saya penat bekerja.

Tetapi, saya tidak tahu di mana silap saya sehingga diabai sebegitu rupa. Saya sebagai isteri merasa tiada fungsi dan terabai. Sudah la bab duit berkira, nafkah batin juga tidak diberi. Dalam perbelanjaan rumah tangga, semua bil rumah suami bayar.

Suami saya jenis tidak makan nasi dan makanan berat kerana masalah kesihatan. Jadi untuk urusan beli barang dapur, kebanyakan perbelanjaan dikeluarkan dengan duit saya. Suami hanya berbelanja lebih kurang RM100 sebulan itupun, untuk membela keperluan basic seperti minyak dan bawang.

Seingat saya, ada la sekali dia belikan beras sebab dia tidak makan nasi. Pernah sewaktu saya hamil 4 bulan, beras dah habis. Saya minta dia untuk tolong beli, kerana tidak larat ke kedai sebab morning sickness di awal kehamilan.

Setelah 2 hari dia masih tidak beli, saya pergi beli sendiri seperti kebiasaan. Purata perbelanjaan dapur saya belanjakan untuk sebulan hampir RM300 kerana mengambil kira mak mertua yang kadang-kadang tinggal bersama.

Nafkah bulanan yang suami beri, kesemuanya saya buat belanja barang dapur rumah. Suami juga jarang ajak saya keluar berjalan atau ke shopping mall. Jikalau keluar pun, mesti keluar bersama rakan baiknya sekali. Pasar malam hanya di depan rumah, tapi kami pernah pergi bersama sekali saja sepanjang setahun berkahwin.

Masih terngiang lagi ayat suami, “jangan minta abang tanggung pula sayang nanti”. Kata – kata tersebut saya ingat dan tersemat dalam hati. Air mata senang berlinang jika teringat semula kata-kata tersebut. Sewaktu sarat hamil 7 bulan, saya telah kembali bekerja dan ditukarkan ke cawangan lain yang lebih jauh dari rumah dan kos ke tempat kerja juga sangat tinggi.

Tapi, saya terima dan redha dengan ujian ini tanpa banyak merungut. Suami kurang nak ambil tahu tentang isu di tempat kerja baru. Bagi dia, asal saya ada pendapatan sendiri dan tidak menyusahkan dia sudah memadai.

Pada usia kandungan 7 bulan jugak, kandungan saya ada masalah tumbesaran (iugr) dan saya di rujuk pada pakar di hospital untuk memantau kandungan. Suami saya sem4kin dingin terhadap saya setelah tahu kandungan saya bermasalah.

Pada usia kehamilan 29 minggu, saya di tahan wad selama seminggu. Kadang-kadang saya selalu terfikir, yang tuhan sengaja kirimkan pelbagai dugaan untuk saya supaya saya boleh lihat per4ngai suami saya. Saya pernah bertanya pada suami, kenapa layanan dia terhadap saya sangat dingin.

Apa yang saya tanya susah nak dijawab, tidak tidur sebilik, jarang berkomunikasi, selalu lepak bersama kawan lepas balik kerja, selalu buat kerja ofis di rumah. Semua isu ini, saya pernah beritahu dia dan minta untuk berbincang tetapi dia kata semua okay saja, seperti biasa.

Tetapi, saya tetap seorang perempuan. Berdikari macam mana pun seorang perempuan tu, dia mahu dibelai, dimanja. Saya sebagai isteri tidak banyak harapkan apa-apa dari suami. Cukup dia ambil berat, bagi nafkah bulan dan tanggung sedikit belanja dapur untuk lepas tanggungjawab dia dari segi agama.

Untuk nafkah batin pula, sebagai isteri logik la untuk berasa curiga kerana suami tidak lagi berkeinginan dan tidak mahu tidur sebilik. Alasan yang diberi kerana banyak masalah yang sedang difikir, sedangkan di tangannya hanya la game, netflix dan social media.

Keperluan asas dari ubat ubatan dan supplement tambahan sewaktu hamil serta keperluan bayi dan ibu berpantang semuanya dibeli dari wang gaji saya. Satu sen pun dia tak keluar untuk barang-barang tersebut. Cuma dia bayar bill di hospital sahaja.

Kini, saya masih lagi dalam tempoh berpantang di kampung. Setiap hari, saya berdoa semoga suami saya berubah dan tahu tanggungjawab sendiri demi keharmonian rumah tangga kelak. Nasihat saya sebagai seorang isteri kepada suami – suami di luar sana, hargailah isteri anda terutaman.

Jangan pernah mengambil kesempatan kepada mereka. Isteri mungkin redha atas bebanan tersebut, tetapi itu bukan alasan untuk suami lepas tangan. Sebanyak mana pun wang yang isteri belanja untuk keperluan ya isteri yang mempunyai sumber kewangan sendiri dan sanggup melaburkan duit sendiri untuk membantu menafkahi rumah tangga.

Suami kena faham, apa tanggungjawab mereka. Apa itu nafkah rumah, percayalah yang dia tentu tertanya-tanya ke mana duit suami, kenapa dia tidak tunaikan tanggungjawab, kenapa dia senyap sahaja soal perbelanjaan, kenapa dia berkira dengan isteri sendiri, kenapa dia tidak rasa bersalah..

Belum lagi cerita soal hati dia yang selalu iri apabila melihat pasangan lain sangat bahagia walaupun pendapatan tidak seberapa. Sekian, luahan dari saya. Saya tahu ramai sangat isteri bekerjaya yang melalui benda yang sama malah ada yang lebih teruk dari ini.

Suami jangan sampai isteri tawar hati dan angkat kaki. Ingat, isteri anak itu amanah. Dan akan dipertanggungjawabkan semua amanah ini di akhir4t kelak. – JM (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Sudah move on! Fizi Ali kejutkan ramai dengan gambar nikah, ucap syukur atas perkahwinan kali ke-2