Assalamu’alaikum para sahabat pembaca setia sekalian. Terima kasih admin sudi siarkan confession ni. Aku nak minta sedikit pandangan, nasihat dan doa dari kalian. Malas nak pusing-pusing ayat panjang lebar aku terus ke penceritaan je lah ye.
Aku pernah kongsi story pasal kehidupan aku, seorang anak dari ‘broken family’ dekat sini masa awal awal dulu. Ringkas storyline masa aku kecik dulu, mak ayah aku berpisah sebab mak buat hal, long story short, tak silap umur aku masa tu dalam 9 tahun, mak ayah sah cerai.
Cerai rujuk cerai rujuk sampailah talak 3 jatuh. Usia aku 14 tahun ayah meninggaI, tak lama lepas tu mak kahwin lain, aku dan adik tak tahu apa-apa, tahu-tahu dapat ayah tiri segera. Okay cerita dia bermula di sini. Hampir 20 tahun dah ayah meninggaI, aku pon dah masuk 3 series, dah berkahwin dengan lelaki yang bertanggungjawab dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang sihat dan comel. Alhamdulillah.
Dulu sebelum kahwin, aku kerja sebagai pegawai bank, Alhamdulillah gaji aku mampu beri kepada mak antara RM350-RM500 sebulan. Aku tahu nilai tu kecil bagi sesetengah orang tapi, itu sahaja lah yang aku termampu.
Aku ada 10 orang adik beradik, jadi aku rasa dengan nilai tersebut tambah pula sesetengah adik beradik yang lain pon sama-sama hulur jadi cukuplah untuk makan dan minum mak dan suaminya untuk sebulan. Tapi yang menghairankan aku, baru sahaja minggu ni aku bank in duit bulanan dekat dia, 2 minggu lepas tu call lagi mintak duit.
Padahal dekat rumah dia duduk tu api air semua free. Tinggal beli bekalan makan je. Mereka tinggal berdua. Aku sampaikan tak sempat nak pakai gaji aku tu untuk keperluan aku, sebab kesian dekat mak asyik mintak duit katanya nak bayar hutang.
Oh ya, dia ada ambil pinjaman AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia) tapi bukan untuk berniaga ye kawan-kawan, hutang yang dia buat tu untuk berjoli dia dengan laki dia tu. Pasal apa aku cakap berjoli sebab tiap kali dia buat pinjaman tu tukar kereta baru (walaupun 2nd hand) dan beli motor baru.
Aku sabar, sebab aku kesian dekat mak aku kerja keras motong getah nak bayar hutang. Laki dia? Goyang kaki, lepak kedai kopi, malam-malam jadi pawang tok bomoh. Apa yang aku cakap ni bukan dari tuduhan tanpa asas, benda aku cakap ni benda jadi depan mata aku.
Orang mintak tilik nombor ekor lah, orang suruh buat minyak senyonyong lah macam-macam. Memang ayah tiri aku ada ilmu pawang tapi dia gunakan jiin sebagai pengantaraan. Okay, fokus balik pada cerita asal. Masa kecil kami dibesarkan oleh abang sulung aku (semoga syurga buatmu abang amiinnn…).
Mak tak pernah ambil tahu pasal kami, adalah masa raya dia balik jenguk kami, selebihnya aku dan adik sendiri sendiri sahaja. Dah lah kakak ipar garang, yelah siapa nak jaga anak yatim lagi-lagi tambah beban kepada abang aku masa tu.
Aku tak salahkan kakak ipar aku bersikap begitu sebab bukan tanggungjawab dia nak jaga makan minum pakai kitorang, dia buat pon di atas ihsan nurani dia. Masa aku masih belajar, mak tak banyak bagi semangat dan galakkan dekat aku.
Aku selalu je cakap nak berhenti belajar dan mak tak menghalang bah kan bukan itu yang dia utamakan pasal aku. Dia selalu minta aku dahuIukan duit ptptn aku untuk bagi dekat dia. Aku sebagai anak, bila mak dah mintak aku bagi lah walaupun diri sendiri nak pakai duit, nak bayar yuran belajar, beli buku, buat makan lagi.
“Duit dah masuk? Bagi mak sikit boleh, nak buat beli makan, mak takde duit ni.” Ayat ni yang selalu aku dengar tiap-tiap kali semester baru bermula. Tiap kali aku call pula benda pertama sekali mak cakap “Dekat sana tak hujan ke, mak dekat sini hujan ni, mak tak boleh motong geta”.
Terasa juga, seolah-olah tiap kali aku call tu semata nak mintak duit dari dia. Aku sampaikan buat kerja sambilan bila ada waktu terluang sebab nak tampung hidup masa tu. Pagi ambil upah buat karipap, petang jaga kiosk, malam ambil upah fotostat, print nota-nota orang.
Macam-macam kerja aku buat masa tu boleh lah bagi mak duit selalu. Tapi, start je aku kerja mak makin lama makin tak faham yang aku pon ada rumah nak kena bayar sewa, perut nak kena isi, transport ulang alik kerja, hutang ptptn lagi.
Yang dia tahu, aku kerja bank, senang minta duit walhal abang-abang aku ramai lagi yang bujang dan tak ada tanggungan. Aku tanya dia kenapa tak minta jugak dengan abang-abang aku yang lain? tahu dia jawab apa, “takpelah kalau tak dapat bagi. Mak tak nak susahkan anak-anak mak. Mak pon tahu abang-abang ko pon bukannya kerja gaji besar.”
Allahuuu sumpah aku terasa benda ni sampai sekarang. Kenapa dia boleh fikir susahnya abang-abang aku cari duit, sedangkan aku pon struggle hidup dekat Selangor ni. Aku tak tahan tapi aku sabar. Masa kerja bank tu, percaya tak aku just pakai handphone Xiaomi Redmi 2 prime 2GB RAM masa tu. Tu pon 2nd hand punya.
Kalau kau download ws fb insta fon storage dah full! Memang aku tak fikir langsung nak pakai barang mahal walaupun sebenarnya aku mampu. Pakaian aku hanya beli kedai kedai reject, ada la jual baju sehelai bawah rm20, alah reject sikit-sikit bab jahitan tak kemas tapi masih cantik dan boleh pakai pergi kerja. Walhal gaji dah 3k masa tu.
Berendam air mata jugalah sebenarnya, aku ada juga perasaan malu dengan kawan-kawan kalau ikut diorang keluar lunch tu memang kaw-kaw punya tempat makan, akhirnya aku malas join sebab perabih duit je asyik makan luar.
Punyalah berjimat sebab tahu minggu depan mak call mintak duit lagi. Aku geram nak hapa dengan situasi yang sama setiap bulan. Aku cari jalan macam mana nak lari dari semua ni. Tup-tup aku kenal suami, mula-mula kenal pon suami dah sampaikan hasrat nak serius dengan aku, aku suruh dia jumpa abang aku terus.
Cepatkan cerita, kitorang kahwin 5 bulan lepas tu, tapi sebelum tu aku dah cerita dekat bakal suami situasi aku, alhamdulillah, dia sanggup jadikan aku isteri dia. Aku fikir mungkin ni lah jalan aku nak lari dari masalah ni, aku penat asyik fikir pasal orang lain sampai diri sendiri terabai.
Masa awal-awal kenal dia lah yang gantikan handphone aku, katanya fon awak dah boleh masuk muzium. Haha segan ye orang lain yang kesiankan aku, bukannya diri sendiri. Suami aku okay, sangat-sangat memberi sokongan dan kata-kata semangat pada aku untuk sabar.
Tapi lama-lama aku betul-betul fed up dengan mak. Apa yang buat aku fed up, banyak, semua berkait dengan adik beradik aku yang malas kerja padahal semua lelaki dan tiada sorang pon cacat. Mak tak bising pon diorang tak kerja tak bagi duit dekat dia, tapi aku tak boleh macam tu.
Korang faham tak apa yang aku maksudkan? Suami aku bagi cadangan, dia suruh aku berhenti kerja biar dia je yang tanggung semuanya. Bila mak tahu aku tak kerja dan tak ada duit sendiri tak ada lah dia nak mintak duit selalu dengan aku. Aku berhenti kerja.
Suami aku tanggung semua, termasuklah elaun bulanan mak aku, tak banyak macam aku bagi dulu tapi ada. Aku beranak anak yang sulung, suami bantu langsaikan hutang AIM mak dan aku dah bagi amaran dekat mak jangan sesekali hutang AIM kalau tak aku malas nak ambil tahu pasal mak lagi dah.
Sekarang, aku beranak anak yang ke-2. Tanggungan makin bertambah. Kami tak mampu nak bagi mak elaun bulanan lebih sikit macam selalu. Mak dah suruh aku kerja balik sebab tulah duit bulanan tak cukup, dia tak cakap in direct tapi aku faham maksud dia.
Yang paling aku terkejut, haritu ada someone hantar “cctv” ke rumah aku untuk intip perbuatan kami mungkin. Aku bagitahu mak, mak cakap itu belalang biasa. Mustahil, aku kenal perbezaan antara belalang biasa dan pelesit.
Aku cakap nak bunuh, tahu mak cakap apa “tak payah bunuh, halau je dia keluar.” Masih terngiang di telinga aku apa yang kawan suami bagitahu 4 tahun lalu. Katanya, “Takkan mak nak buat dekat anak kot? “. Instinct aku seminggu dua ni pon rasa tak sedap hati, aku rasa kena berhati-hati.
Aku tak nak salah tafsir, suami suruh aku kuatkan zikir dalaman. Pesan dia itu semua urusan mereka dengan Allah tugas kita perkemaskan dalaman kita. Banyak lagi sebenarnya yang aku nak cerita pasal mak, depan aku lain belakang lain, banyak lagi kisahnya. Tapi cukuplah setakat ni sahaja dulu. Aku nak mintak kot korang boleh komen apa-apa tentang ni. Terima kasih semua. Wassalam. – Tembikai Laici (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Macam ni rupanya ketam salin kulit, tak pernah terfikir pulak selama ni