Siapa yang tidak suka berpenampilan menarik dan bentuk badan yang menawan. Baik lelaki mahupun perempuan pasti ingin tampil menarik. Seperti kisah yang dikongsikan ini wanita ini yang pada awalnya tidak tahu menjaga penampilan diri akhirnya mulai berubah apabila mempunyai seorang idola. Ikuti kisah ini.
Salam semua. Nama aku Reen, umur 32, masih bujang dan aku seorang yang sangat gemuk. Dari kecik aku memang gemuk. Benda ni buatkan aku selalu rasa kurang keyakinan dan kurang kawan. Dulu masa sekolah menengah, bukan saja gemuk, tapi aku ada masalah badan berbau jugak.
Masa sekolah aku selalu kena ejek gemuk la busuk la. Tapi sekarang dah besar ni dah pandai kawal masalah bau badan ni. Tapi aku memang dari dulu takde kawan. Bila makin membesar, aku cemburu tengok orang-orang yang badan kurus.
Orang kurus ni nampak cantik. Dan ramai kawan. Ramai orang suka. Orang lelaki pun suka dengan perempuan kurus kan. Sebab tu aku sampai sekarang tak pernah ada pengalaman berkawan dengan lelaki. Aku pun dah lupa hasrat aku untuk berumahtangga sebab takde orang suka dengan aku.
Aku sebenarnya suka dengan pakaian yang cantik, tapi untuk orang macam aku, susah nak dapat pakaian yang cantik. Aku memang suka nak bergaya cantik- cantik, tapi untuk badan aku, rasa tak kena. Rasa jadi hodoh pulak.
Aku cuba ja bersenam berdiet, tapi aku akui, aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam. Aku susah nak istiqamah. Sebab aku senang lapar. Dan orang macam aku, makan sikit pun badan cepat naik. Aku pendekkan cerita. Aku kerja dekat 1 kedai makan ni.
Aku dah kerja dekat 8 bulan dah kat sini. Biasa kita kerja kedai makan, mesti kita perasan semua customer kita kan. Sama macam aku jugak. Aku perasan selalu ada 1 perempuan ni kerap datang beli nasi. Seminggu 3-4 kali mesti dia datang.
Kadang-kadang dia beli bungkus, kadang-kadang dia makan situ. Tapi dia selalu sorang ja. Aku tak pernah nampak dia dengan sapa- sapa. Dia macam anak mami. Kulit hitam manis, hidung tinggi. Tapi aku suka tengok penampilan dia. Walaupun dia gelap, tapi gaya dia tersendiri.
Muka dia serius tapi manis. Macam pandang tak jemu. Dia ada 1 jenis bau kat badan dia, aku suka sangat bau tu. Aku tak tahu la dia pakai perfume apa. Tapi bau tu aku tak pernah jumpa kat mana-mana. Rasa sedap dan relax bila lalu sebeIah dia.
Sebab aku dah sinonim dengan macam-macam perfume sebab aku kan badan berbau, so aku kerap pakai perfume. Tapi perfume dia aku tak dapat teka brand apa. Aku agak umur dia mesti dalam 20an. Sebab dia nampak muda.
Aku selalu panggil dia adik. Aku agak tinggi dia dalam 160 sebab aku 162. So bila berdiri sebeIah aku, dia macam rendah sikit dari aku. Berat dia aku rasa dalam 50kg ja. So orangnya nampak kurus tapi badan dia tegap. Dia kemas walau apa pun dia pakai.
Orang kata orang kulit hitam ni kena pandai pilih warna pakaian, tapi entah la. Di mata aku, dia pakai warna apa pun nampak sesuai. Pakaian dia macam terletak elok kat badan dia. Kemas sangat-sangat. Kadang-kadang dia datang pakai t-shirt dengan track ja.
Tapi nampak sangat perfect walau apa pun dia pakai. Badan dia tough. Aku ni jenis suka perhati penampilan dan badan orang yang aku rasa rare. So aku kategorikan dia jenis badan rare. Aku tak tahu la aku normal ke tak sebab aku suka perhati perempuan.
Dan aku pun tak tahu nak explain macam mana kategori rare yang aku nilai tu. Tapi aku akui aku rasa cemburu, sebab aku kan suka nak cantik-cantik tapi macam tak berjaya. So aku selalu berangan kalau badan aku macam orang tu kan best.
Balik pada perempuan yang beli nasi kat kedai aku tu. Aku tak pernah la tengok dia pakai pakaian yang feminin. Dia selalu pakai seluar dengan kemeja. Kadang-kadang dia pakai t-shirt. Tapi dia sentiasa pakai tangan panjang.
Kalau pakai tangan pendek dia mesti pakai inner. Dia suka pakai speck mata hitam jugak. Normally jarang la tengok perempuan bergaya dengan speck. Tapi dia nampak confident dengan gaya dia. Sebab tu kot dia selesa ja makan sorang kat kedai.
Selalu kan perempuan dia segan nak makan sorang kat kedai. Aku ni kerja kedai masakan panas, so pukuI 4 buka kedai. Dekat 12 baru tutup. Dia ni selalu dalam 6 atau 6. 30 petang dah datang beli nasi. Mungkin dia pilih time customer tak ramai.
Satu malam tu lepas habis kerja, aku macam tak boleh tidur. Aku dok terbayangkan dia. Aku rasa macam nak tiru style dia. Tapi aku sendiri tahu, benda tu tak akan sesuai dengan aku. Tiba-tiba aku rasa macam emo sendiri.
Aku cuba jadi normal tapi tak mampu. Aku tanya diri aku, aku ni syok kat perempuan ke. Tapi tak. Sebab aku pandang perempuan lain tak rasa apa. Malah aku selalu jugak curi-curi pandang lelaki yang datang makan kedai. Aku percaya naluri aku dekat lelaki.
Tapi kenapa dengan dia aku suka sangat nak pandang. Macam admire dia sangat. Tiba dalam pukuI 6 tu, aku nampak kereta merah jazz parking depan kedai. Aku tahu tu dia. Kadang-kadang dia naik motor ja. Tapi motor dia agak besar sikit.
Tapi aku rasa dia suka warna merah. Sebab motor kereta semua warna merah. Dia pun kerap pakai baju merah. Sampai macam tu sekali aku ambil tahu hal dia. Aku terus jadi excited. Kali ni dia nak makan kat kedai, aku lagi suka.
Boleh perhati dia lama-lama berbanding dia beli bungkus. Terus aku lupa apa yang aku fikir tadi. Macam biasa, menu dia nescafe panas dengan nasi goreng paprik. Lepas tu dia sibuk tengok telefon. Aku tiba-tiba rasa sedih pulak. Ye la dia langsung tak pandang aku.
Tapi ye la, kenapa dia nak pandang pulak. Aku bukan siapa-siapa pun. Kalau orang cantik mungkin dia pandang. Tapi pun dia kan perempuan, mana dia nak pandang perempuan jugak. Aku ja yang suka pandang perempuan. Aku sedih la, sebab aku rasa nak berkawan dengan dia.
Ibarat dekat seminggu tunggu dia, tapi aku sedar orang tak nak kawan dengan aku. Orangnya pun sangat serius. Tak pernah nak senyum ke apa. Tapi entah la kenapa ringan sangat mulut aku, aku pergi tanya dia, “Lama tak datang.”
Tiba dia angkat kepala pandang aku, sambil buka spek dia. Dia baIas, “oh ada kursus.” Tiba hati rasa bahagia pulak. Sebab dia respon aku. Aku tanya dia lagi, dah alang-alang customer takde. ‘Kerja sini ke?’ Dia jawab ‘ye. Kerja kat kem tu ja’
Aku terus macam, what. Oh adik tentera ke? Sebab kem yang dia cakap tu kem tentera. Agaknya tak senang kot aku asyik ganggu dia. Dia nak tengok hp macam tak senang. Dia angguk sambil cakap ermm. Pastu simpan hp dia dalam beg, pastu dia pandang aku. Mungkin tunggu soalan aku seterusnya kot.
Tapi aku terus mati kutu. Aku cakap sorry. Aku pun tak tau kenapa nak sorry. Sebab aku rasa aku dah gangu ketenteraman dia. Pastu aku pergi masuk dapur. Terus rasa berrdebar. Aku pun tak tahu kenapa. Macam orang hilang akai.
Tapi baru aku sedar, patut la badan dia cantik. Orang kerja tentera kan jaga badan. No wonder la. Pastu aku fikir dia mana la nak kawan dengan aku semua. Aku kerja kedai makan ja. Dia tentera. Orang sekarang kan memilih jugak kalau nak berkawan.
Tiba aku down sendiri. Masa hantar makanan, dia tiba-tiba pandang aku. Selalu dia pandang hp ja. Aku jadi tak keruan tiba-tiba. Dah kenapa dengan aku ni. Dia tanya, kalau nak order bungkus ada number fon dak. Aku kata ada.
Aku bagi number aku tanpa berfikir panjang. Aku nampak dia save tapi letak nama kedai. Terus aku cakap, tu number saya. Nama saya Reen. Dia cakap, ‘oh ye ke’. Pastu dia miscall aku. Dia cakap tu number saya, panggil saya Mia la. Aku save jugak nama dia.
Aku pendekkan cerita, lepas 2-3 hari tu. Dia update status wasap dia. Dia tulis esok sapa nak join aku hiking. Entah apa yang merasuk aku, aku pergi reply status dia. Aku tanya saya nak join boleh ke. Cepat pulak dia baIas.
Tak sempat aku nak delete. Dia reply boleh. Aku terus excited. Aku tak pernah hang out dengan kawan ka apa. Ni macam first time aku nak bersukan, so jadi excited walaupun aku tak pernah hiking. Malam aku tak boleh tidur, excited punya pasal.
Esok pagi sampai kat tempat tu. Dia lagi awal tunggu. Baru aku teringat, mesti dia dengan geng-geng tentera dia. Aku sorang mesti janggal. Tapi sangkaan aku salah, aku tengok dia sorang ja. Dia tak perasan aku dah sampai.
Aku pergi tegur dia. Aku tanya sorang je ke. Dia jawab ye. Tapi kali ni muka senyum dah. Dah tak serius sangat. Aku bagitau dia, aku tak pernah hiking. Dia kata ye ke. Kalau macam tu kena warm up sikit then buat sikit dan berhenti. Tak boleh push sangat, tak bagus untuk jantung.
Dah macam personal coach aku pulak. Aku rasa berbunga tiba-tiba. Terus rasa bersemangat nak kurus. Dia rupanya sangat peramah dan friendly. Rajin bersembang dan kongsi macam-macam tips. Aku rasa happy dapat kenal dia.
Rupanya umur dia 34 dah. Dia tua dari aku. Tapi nampak muda giIa. Aku kan tak pernah bersenam, baru panjat sikit aku dah letih. Tapi dia sabar sangat layan aku. Aku rasa terharu weh. Siap dia tolong buat regangan kat kaki aku.
Dia bagi galakan dan sokongan sampai aku berjaya panjat half. Sambil hiking dia banyak berborak, so aku tak terasa aku dah panjat banyak. Tapi sampai half ja la. Dia cakap tak boleh paksa sangat sebab aku baru start. Tapi dia kata buat work out apa pun, kalau badan sakit jangan berhenti. Kena buat jugak walaupun sakit.
Sebab kalau kita berhenti lagi badan sakit. Aku terus terang cakap aku nak kurus. Aku open cakap dengan dia, aku nak badan macam dia. Pastu dia gelak. Dia kata boleh ja. Di mana ada usaha di situ ada kejayaan. Habis hiking dia ajak aku pi rumah dia. Aku pun entah kenapa ikut ja.
Rumah dia sewa ja, tapi nampak simple dan kemas. Dia ada la suruh aku pergi tengok bilik semua kalau nak. Aku ada la masuk bilik tidur dia, tapi tak masuk dalam la. Sekadar nak tengok hiasan dalaman ja. Tapi aku terpandang uniform dia gantung kat dinding, walaupun aku tak tahu dia pangkat apa, tapi aku agak dia ada pangkat. Sebab dekat bahu dia ada banyak paku.
Tapi aku pun tak tanya, segan. Dia datang bawak pizza dengan air oren. Dia kata ni pizza semalam tak habis. Tapi saya panaskan dah. Aku baIas susah-susah ja. Pastu aku jawab la. Untung jadi orang kurus ni. Makan apa pun badan tak naik. Tak bersenam pun tak pe.
Dia baIas kurus lagi bahaya. Lemak semua pergi kat jantung. Sebab tu kena bersenam jugak. Dari apa yang dia cakap, aku faham dia jenis yang suka makan. Dia suka sangat makan steambot and grill. Tapi dia pun jenis malas nak bersenam.
Tapi sebabkan dia tentera, so dalam tentera badan mesti kena fit. Tak boleh buncit. Bmi kena normal. Kalau tak nanti kena tegur kena denda. So suka ke tak suka ke, dia terpaksa la jaga badan dia kata. Dia cakap badan dia memang kurus, tapi perut dia cepat buncit kalau seminggu tak bersenam.
So sehari 100 kali dia akan push up. Aku terkejut giIa 100 kali. Tapi dia kata dia buat 20 kali stop 5 minit macam tu, then buat lagi. Dia kata buat senaman santai-santai kat rumah pun boleh. Macam dia sehari 100 kali push up, lepas tu sit up dengan plank. Buat sekejap-sekejap ja.
Sebab dia kan perut cepat naik, so dia kena pastikan buat senaman untuk perut ja. Dia kata kita pilih senaman yang sesuai untuk badan kita. Tapi dia dah lama buat, so tak rasa susah. Lepas tu seminggu sekali dia akan panjat bukit.
Dah macam rutin la dia kata. Dia suruh aku stop minum air manis kalau nak kurus cepat. Dia kata tak percaya tengok sendiri kesan bila tak minum manis. Macam dia pun sehari sekali minum nescafe ja. Sebab dah tak boleh tinggal.
Dulu sehari 2-3 kali dia kata. Sekarang dah kurang. Pastu dia suruh aku kurangkan duduk. Dia kata bagusla kerja kedai. Boleh banyak berjalan. Ambik peluang bersenam. Banyak duduk tak bagus dia kata. Dia ada cakap, rules dia senang ja. Kalau banyak makan, kena banyak bersenam.
Kalau malas nak bersenam, kena kurang makan. Kalau metabolisma badan tinggi, badan kurang lapar. Then tak payah nak pulun sangat workout. Sehari jalan kaki sejam pun dah ok kata dia. So aku dah mula follow nasihat dan tips dia. Aku dah rajin ikut dia naik bukit.
Aku dah macam pandai sikit hiking. Makan pun aku dah mula ikut cara dia. Walaupun awal-awal tak boleh, tapi sekarang aku dah mampu makan nasi sehari sekali ja. Tu pun separuh. Aku banyak makan buah. Then dia ada bagi 1 resepi yang dia sendiri reka.
Aku ada try resepi tu, so aku rasa berjaya la buat aku kurang makan. Dulu dia kata dia pergi gym, main besi. Tapi sekarang dah malas. Dia kata dia bukan rajin sangat sebenarnya. Kadang-kadang sekadar ikut-ikut kawan. Tapi perut kena maintain kempis.
So dia sendiri la suka reka benda yang sesuai untuk dia. Sebab dia rasa tak confident kalau perut dia buncit. Dia tak kisah dia hitam. Sebab dia kata kalau benda kita tak mampu ubah, kita terima dah syukur itu yang tuhan bagi.
Kalau mampu ubah tu kita ubah la. Macam nak jadi gemuk atau kurus tu pilihan kita, badan ni kita boleh ubah. Tapi warna kulit tak boleh ubah. Boleh cerah pun sikit-sikit ja la kalau pakai fair and lovely. Dia bergurau. Aku ada la pegang lengan dia, memang keras walaupun tak de muscle.
Lepas tu perut dia memang berotot. Jelous aku tengok. Lepas tu bab penampilan aku, dia kata apa yang awak suka awak pakai ja la. Buat sesuatu untuk kepuasan sendiri. Bukan untuk orang. Dia kata buat apa yang rasa confident dan kita yakin benda tu kemas.
Kalau rasa benda tu mengganggu dan buat rasa hilang keyakinan, belajar cover benda tu. Contoh macam dia, dia kan gelap. Dia rasa kaki dia tak cantik, sebab dulu naik moto panas. Kaki pun burn dan tak sekata. So dia suka pakai kasut tutup.
So kaki pun cover dan nampak kemas. Tu cara dia la cover kekurangan dia. Aku ingatkan dia sentiasa berkasut sebab dia tentera so terbiasa pakai kasut tutup. Hehe, lepas tu dia suka pakai baju kemeja, sebab dia tak suka selekeh. Dan suka benda di iron.
Walaupun makan masa nak iron, tapi dia suka benda tu berbaloi dengan usaha. So dia rasa pakaian dia kemas. Seluar track dengan t-shirt pun dia pun dia iron tau. Banyak lagi la tips dia bagi. Dia suruh makan telur rebus atau half boil setiap pagi. Kurangkan makanan berlemak dan manis.
Sebenarnya aku tahu ja semua tips tu, tapi bila ada satu orang selalu guide kita, bagi semangat kat kita. Terus rasa diri ni termotivasi. Dah tak rasa diri ini berkeseorangan. Rasa macam ada matlamat yang jelas. Dah la tu, dia ni kelakar sebenarnya.
Aku bila bersukan dengan dia, tak rasa penat bersukan, tapi penat gelak ja dengan dia. Dia pun dah rajin teman aku pergi shopping baju. Dia ada la bagi pendapat apa yang sesuai dengan tak. Lepas tu dia tahu butik-butik yang jual baju untuk orang besar.
Aku pun secara tak langsung dapat gayakan pakaian yang aku suka. Ye la kadang-kadang kita tak tahu apa yang sesuai dengan kita. Dan dia ni pulak jenis jujur, kalau tak elok dia terus komen tak elok. So aku rasa mudah buat pilihan.
Walaupun duit habis, tapi rasa berbaloi. Sebab dia kata habis duit untuk kebahagiaan sendiri tak pe, asalkan kita enjoy dengan hidup. Jangan stress dengan hal yang bukan-bukan dia kata. Dia ni sebenarnya baik sangat dengan aku. Rajin layan aku.
Tak pernah seumur hidup aku orang layan aku baik macam ni. Tapi jangan salah faham pulak. Kami bukan couple ye. Tapi dah macam sahabat yang baik untuk aku. Macam personal coach pun ada. Perasaan aku pun dah rasa normal balik bila dah rapat dengan dia.
Aku syukur kenal dengan dia. Sebab aku rasa makin sihat sekarang. Mental dan fizikal, aku rasa sangat better dari sebelum ni. Aku rasa macam dia ni sahabat kiriman tuhan ja. Sekarang dia rajin ajak aku main badminton. So aku rasa ada perubahan dah dengan badan aku.
Dulu-dulu aku jarang ambik off. Sekarang aku selalu off sebab main badminton dengan dia. Kalau aku malas pun dia akan paksa jugak. Dengan gurauan dia, kalau nak kahwin anak raja kena selalu buat activity sukan. Sebab anak raja rajin bersukan.
Dia target lagi 3 bulan aku dah hilang 10kg. Aku pun harap yang sama. Slow-slow confident aku pun dah bangkit. Terima kasih Mia, sebab selalu ada dengan saya. Orang kata rezeki bukan saja duit kan, tapi sahabat yang baik jugak. – Reen (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Sah! Ini rupa rasmi Proton S70, sekali lain pulak yang netizen perasan