“Aku jaga adik perempuan aku selepas parents meninggal, last dia goda suami aku sampai terlanjur..”

Pengkhianatan paling sakit bukanlah datang daripada orang luar tapi yang sama darah dan berkongsi rahim sama.

Namun masih ada sanggup mengkhianati adik-beradik sendiri demi kepentingan diri dan menghancurkan hubungan tanpa rasa bersalah.

Seorang wanita berkongsi kisah bagaimana dia menangkap suaminya sendiri bersama adik perempuannya.

“Kisah aku bermula begini, aku tiga beradik dan yang sulung, kedua adalah lelaki dan ketiga adalah perempuan.

Kami anak yatim piatu dan aku jaga adik bongsu aku lepas habis sekolah walaupun sudah berkahwin tapi baru sebulan duduk dah kantoi bercinta dengan suami aku.

Hati aku ni macam kene panah dengan petir, aku salahkan kedua-dua sebab kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi kan.

Suami aku ada jugak mintak maaf dengan aku, tapi adik aku tak ada langsung, macam tak ada perasaan bersalah langsung.

Yang paling aku tak sangka baru-baru ni aku tangkap lagi mereka berdua sedang melakukan aksi yang tak sepatutnya di bilik tidur aku sendiri.

Hancur hati aku, adik aku asyik salahkan laki aku sebab melayan, tapi bila ditanya nampak sangat siapa yang over dalam hal ni.

Aku nak suruh dia sambung belajar pun keputusan cukup makan sahaja, nak suruh kerja sikit pun aku tak percaya.

Kalau aku yang kakak ni pun dia boleh tipu hidup kang paksa kahwin tak lama jadi janda pula.

Satu hal pula nak kena tanggung kalau dia jadi janda, saudara-mara pun dah tak ambil peduli.

Aku dengan suami pun asyik bergaduh sejak adik aku ada dekat rumah ini, aku tak nak orang ingat aku pentingkan diri.

Perlu ke aku korbankan kebahagiaan demi adik. Sebelum ini elok sahaja hubungan aku dengan suami tapi sebabkan adik aku.

Dengan abang ipar sendiri pun senang tergoda, kalau aku bebaskan dia makin teruk pula nanti.”

Baca juga: Anak Sharifah Sakinah kencing atas sofa kakak Neelofa, sekali ini yang netizen perasan