Aku baru je lepas mengamuk dengan 6 org dalam rumah aku ni. Anak aku 5 orang. Jadi paham sendiri la sape orang ke 6 tu. Anak aku usia 7tahun – 17 tahun (3sek rendah,2 sek men). Orang nampak semua dah besar2 boleh berdikari tanpa disuruh dah kan. Tapi tidak, sekarang ni aku penat.
Penat yang amat sangat. Selama ni aku kurang berleter, aku cakap elok2 je. Sebab laki aku tak suka dengar aku berleter. So aku ikutkan. Kalau nak suruh anak ape2 pun aku suruh sekali je. Selebihnya suami aku tegur. Kalau time laki aku takde gi keje,terlepas jugak sesekali aku berleter.
Aku surirumah yang bekerja part time dari rumah. Rutin aku seawal pukul 3 pagi. Kadang pukul 1 pagi aku dah bangun. Sebab aku tido lepas maghrib. Mata aku dah tak tahan sebab aku tido dalam 5jam je. Jadi sebab tu aku tido awal. Kadang aku tunggu jugak isyak kalau aku boleh tahan mengantuk.
Aku bangun awal untuk buat keje. Jadinya pukul 5 pagi start rutin kejut anak2 sebab semua anak2 aku sekolah pagi. Selama sejam lebih rutin anak2 aku bangun, mandi, bersiap,solat dan kesekolah.
Dan aku siapkan sarapan. Yang ni ikutkan aku malas tapi aku buat jugak sebab anak no2 aku ada masalah gastrik. Kadang2 aku suruh je dia beli kat kantin atau koperasi sebab aku penat. Tapi sebab masalah orang ramai, dia malas nak membeli, no wonder dia gastrik kan. Kadang suami aku beli kat tepi jalan. Ok setel bab tu. Anak2 sekolah menengah suami aku hantar selepas subuh. Anak2 sek rendah aku yang akan hantar tapi dekat je dalam 5 ke 10 minit.
Lepas setel anak2 semua keje surirumah dan part time aku buat ikut keutamaan. Tak lama aku kena ambik anak balik dari sek agama. Nanti dia siap semua sendiri. Tapi yang jadi masalah,kadang masalah buku takde,buku belum balut,buku tak tulis nama,barang seni ape nak kena bawak,barang seni yang kena beli semua atas kepala aku. Aku kena fokus kat anak2 bila weekdays.
Nasib aku dah ajar dia belek jadual macam mana nak urus. So far okey sebab dia tak merungut dia salah bawak buku. Ni yang drjah 1. Yang lain semua aku cuma tanya2 je. Kot dorang salah hari. Tapi aku nak kena suruh semuanya. Aku rasa penat sangat. Sebab ikutkan hati aku malas nak cakap. Tapi nanti effect masa aku jugak. Sebab aku yang kena hantar dorang ke sekolah. Puas aku ugut nanti gi jalan kaki. Sekali suruh,sekali aku mengamuk. Baru buat.
Macam pagi tadi tula aku mengamuk. Aku cakap kalau masuk bilik air, diam je tak mandi, aku siram dengan air panas. Dalam kebanyakan waktu aku tak cakap macam tu. Tapi sebab aku penat,aku mengamuk je cakap gitu sebab aku rasa dorang semua ambik kesempatan kat aku bila aku berlembut. Actually aku garang. Tapi kalau aku cakap elok2 tak jalan 100 percent. Ada la 50 percent.
Yang sek menengah takde masalah sangat. Dorang banyak bantu aku. Kadang aku tak sempat masak,dorang tolong buatkan. Kadang aku tak sampai hati sebab dorang dah penat ke sekolah dari pagi sampai petang kul 5 baru balik sekolah.
Nak jugak rehat. Tapi bila aku terlalu penat,aku mengamuk macam dah takde hari esok. Aku kesian kat anak2 hadap perangai macam ni. Dan aku pun tak suka perangai macam tu. Takut effect perasaan anak2.
Tiap2 hari aku ulang rutin tu (hantar dan ambik anak). Yang sek men jarak sejam pergi balik pun aku ambikkan sebab suami dah hantar. Nanti petang suami ambik sek rendah/agama yang sesi petang plak. So far anak2 aku semua bijak. Tapi bukan la yang terpaling pandai. Dalam top 10 gitu je. Kiranya takde isu bab hantar ambik anak ni.
Sebab kami 2 sama2 buat. Otw balik sekolah,dorang suka bercerita hal sekolah dengan aku. Kalau balik dengan ayahnya pun masih lagi nak cerita dengan aku kalau sampai rumah. Kadang aku terpaksa tolak secara baik,sebab otak aku takleh nak proses dah ape dorang nak cerita. Plus ptg2 baru aku sempat masak untuk makan malam.
Tengahari kami makan je apa yang simple,telur goreng ke,ayam goreng ke. Kalau keje part time aku dah siap,aku sempat la masak. Masa ni baru aku rasa relax skit sebab dah setel masak awal2. Kalau masak waktu petang,aku rasa penat sangat dah. Jadi rutin aku fleksibel,tapi kadang memenatkan.
Suami aku jenis yang sangat simple,dia faham aku bz. Kadang rumah lintang pukang pun dia boleh pejam mata lagi. Dia rajin,dia tolong lipat baju. Dia rasa aku penat,dia tak kacau aku. Aku cuma perlu masak,makan sama2 dan buatkan air panas je untuk dia.
Aku mengamuk pagi tadi sebab aku rasa terlalu letih untuk semua benda yang aku kena suruh je. Tak suruh tak jalan. Benda ni jadi sesekali. Tapi akan effect kan perasaan anak2. Aku bukan nak tamak,semua aku nak. Tapi aku terpaksa.
Kalau aku tak keje aku takde duit sendiri. Kalau aku tak peduli anak2,nanti masalah sosial timbul. Sedangkan aku ‘duduk rumah’. Takkan tak sempat nak tengokkan/didik anak2. Kalau aku tak masak nanti anak2 kebulur plak. Kalau aku tak jaga laki aku,kang ada penyondol plak. Kata aku tak pandai jaga laki. Kalau aku nak bagi anak2 naik transport,nanti kena bayar mahal sangat. Aku tak mampu. Tapi itula,semua benda nak buat,buat aku rasa exhausted. Sumpah aku rasa mengamuk dan marah dengan diri sendiri.
Aku cuma nak tanya, apa perlu aku buat? Untuk balance kan hidup aku ni. Aku nak jadi mak yang baik, aku nak anak2 aku bijak pandai yang terjaga perasaanya, aku nak juga jana income walau aku surirumah. Aku masih nak jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri sebaik mungkin. Dan jangan lupa aku kena jugak jadi supir,sebab kalau nak naik transport utk 5org anak mungkin kos dalam rm800.
– Minah (Bukan nama sebenar)