“Aku ni lelaki pemalu, aku nak minta kerja pun jadi malu sangat, sampailah..”

Hai Assalam warga pembaca aku AJ 27 lelaki anak sulung dari 6 beradik. Aku ingin sampaikan kisah aku menjadi seorang penakut dan pemalu ini. Terlebih dahulu minta maaf kalu cerita saya tunggang langgang sbb tak pandai nk cerita

Aku dibesarkan dalam keluarga yg okay lah tidak susah dan tidak senang sngt.. M40 mcmtu, ibu bapa aku seorang yg pandai borak dan mudah berkawan tetapi aku pula seorang yg penakut dan pemalu.

Aku dulu belajar di sekolah teknik dan sambung ke universiti dan telah tamat pengajian uni 2 bulan yg lepas. Sekarang ini aku telah pun menganggur dan masih mencari kerja, yg menjadi masalahnya ialah aku takut nk berborak dan bersembang dgn org. Dari aku sekolah sampai dh habis uni aku tak ramai kawan sbb aku kurang berkomunikasi ada dlm whatspp 30 kenalan ja hmmm.

Jadi apabila aku bersifat begini sangat susah untuk aku mencari pekerjaan baik dari media sosial atau meminta pertolongan rakan2 utk kabel masuk kerja. Sebagai anak lelaki sulung aku hendak membalas jasa ibubapa ku dgn bekerja dan memberi wang belanja kpd mereka.

Tp apakan daya mulut berat sngt nk cakap dgn org ramai, bayangkan nak borak dgn org sekeliling pon saya takut inikan pula formal dimana kita ditemuduga oleh 4 ke 5 org panel utk minta kerja, silap2 pengsan kot hahah.

Aku cuba amalkan doa nabi musa ketika baginda ingin berhujah dgn Firaun tetapi bila aku berborak dgn org tu aku perasan aku cuba habiskan perbualan tu dgn cepat sbb bila lama2 berborak aku rasa mcm anxiety dan kurang selesa bercakap lama. Adakah aku kategori introvert.

Minggu lepas tu ada karnival kerjaya di penang so aku pun pergi utk minta kerja tp hampa apabila aku hanya berdiri didalam dewan itu selama 2 jam dan tidak pergi temuduga pon just tgk org temuduga, berat sangat kaki ingin melangkah ke meja panel dan ucapkan “cik saya nak minta kerja, ini resume saya”.

Kadang rasa nak keluar dari kepompong kelapa ni dan menonjol sedikit tp tu la keyakinan diri saya berada di level -negatif 100. Harap2 pembaca boleh beri nasihat kpd saya supaya jd lebih berani dan petah bercakap di khalayak ramai.

Sedih juga bila terkenang anak jantan tp penakut nak Berhadapan dengan org ramai mcm mana nk jd ketua keluarga dan pelindung bg adik beradik kalu aku jenis takot dan malu nak berjumpa dan berborak dgn org.

Kalu aku buka bisnes la mmg bungkus awal la sbb kunci bisnes ialah communicate dan partnership yg utama. Sekian dari saya AJ penakut

– AJ (Bukan nama sebenar)

Baca: Syed Saddiq dedah Azmin nak cantas Mahathir jadi PM pada 2018