‘Aku pantang budak kena macam ni’ – Budak darjah 1 dipalau hari pertama sekolah sebab kulit gelap. Pengalaman ke sekolah ni sepatutnya menjadi pengalaman paling menggembirakan buat anak-anak dan juga ibu bapa.
Tapi lain pula berlaku kepada seorang murid sekolah yang baru melangkah ke darjah 1, apabila didakwa dipalau rakan-rakan dan dimaki hanya kerana berkulit gelap.
Melalui perkongsian ibu pelajar itu di TikTok, anak perempuannya yang baru berusia 7 tahun mengadu bahawa dirinya tidak didekati oleh rakan sebaya kerana berkulit gelap.
Difahamkan juga, anak perempuannya sering menangis setiap kali pulang ke sekolah dan hal itu menghancurkan hatinya sebagai seorang ibu.
@cintaaini96 sedih dan sayunya hati bila org kata mcm² kat anak … ank dh semnagat nak ke sekolah sampaikan xnak ke sekolah 😔…. baru darjah 1 dah pandai membuli ngn kata😪#viraltiktok
Pesan anak masing-masing pergi sekolah jangan buli
“Tak faham zaman sekarang ni, suka body shaming orang lain..tak kira peringkat umur”
“Aku paling pantang anak aku cakap, balik dia tak nak sekolah. Haa tu aku tak boleh terima. Pesan dekat anak masing-masing pergi sekolah bukan untuk membuli, bukan untuk ejek kawan-kawan”
“Budak sekarang bukan takat fizikal, jenis kereta, jenama kereta, rumah berapa tingkat. Itu digaduhkan. Memang pedih dengar”
Baca juga: https://themalaysialife.com/nak-kurus-sebelum-raya-elak-makan-12-makanan-ini/